
Beruntung orang Petaling Jaya kan, banyak sebenarnya port makan yang sedap sedap terletak di kawasan ini. Ditambah pula, satu lagi port makan yang bakal membuatkan anda semakin lapar.
Restoran yang dimaksudkan itu adalah Wildflowers Restaurant and Bar. Dari luaran mungkin anda akan nampak macam kedai biasa sahaja. Kerana ia hanya bangunan yang lama tetapi apabila anda masuk dalam restoran ini mesti anda akan terkesima.
Sebelum tu, restoran ini beroprasi bermula dari jam 12 tengah hari hinggan 12 malam dan mereka tutup pada hari Isnin.

Dalaman restoran ini menerapkan warna hitam dan putih membuatkan ia nampak eksklusif dan ditambah sedikit keceriaan menerusi hiasan pokok bunga.
Ianya kelihatan sangat luas dan minimalist. Tambahan lagi, untuk mereka yang suka untuk bergambar di dalam restoran, anda boleh dapatkan gambar di semua sudut di sini oleh kerana hiasan dan dekorasi di sini sangat menarik.

Jika anda dapat dilihat dalam gambar di atas, di sini menyediakan makanan yang agak unik dan lazat. Lagi satu, kalau anda inginkan kelainan, di sini memang tempat yang tepat untuk anda.
Di sini, mereka menghidangkan makanan yang diinspirasikan dari masakan orang Jepun, China, Malaysia, Mexico dan juga Perancis. Wow banyak betul mix masakan di sini.
Belum cuba belum tahu kan, tapi kalau tengok dalam gambar pon dah nampak yang makanan di sini macam sedap semuanya.

Jadi untuk anda yang inginkan kelainan, tidak salah lagi, Wildflowers Restaurant and Bar ini patut menjadi salah satu dari pilihan anda.
Untuk makluman lanjut anda boleh kunjungi facebook mereka, iaitu Wildflowers KL untuk mendapatkan menu baharu ataupun perkembangan terkini mengenai restoran ini.
Jangan lupa ajak rakan rakan anda yang berada di sekitar Petaling Jaya untuk datang dan dapatkan hidangan yang lazat di sini!
sumber gambar: Facebook Wildflowers KL