Home MALAYSIA Dari Bank kepada Perpustakaan, BookXcess Kong Heng ‘Tersembunyi’ di Belfield Street Ipoh

Dari Bank kepada Perpustakaan, BookXcess Kong Heng ‘Tersembunyi’ di Belfield Street Ipoh

2762
0

Triphackerz.com pernah berkongsi mengenai perpustakaan unik di Bangsar, kali ini kami menemui perpustakaan baharu yang tidak kurang hebatnya.

Namun perpustakaan ini terletak di Ipoh, Perak yang boleh dikategorikan sebagai perpustakaan awesome di negeri Ate Kome itu.

BookXcess Kong Heng yang terlak di Belfield Street bukan sahaja menyimpan ribuan buku, malah satu masa dahulu menyimpan jutaan not Ringgit Malaysia.

Buat pengetahuan anda perpustakaan ini dahulunya pusat penyimpanan wang dan menjalankan operasi perbankan sekitar tahun 1980an.

Ia telah diubahsuai kepada perpustakaan dengan mengekalkan susun atur perbankan dan pusat penyimpanan wang.

Anda jangan terkejut jika melihat pintu besi dengan tombol pengunci kerana kebanyakan alatan perbankan masih dikekalkan.

Disebabkan stor penyimpanan wang diubahsuai kepada perpustakaan, lokasi perpustakaan ini terletak di bawah tanah!!!

Difahamkan terdapat ribuan jenis buku dan genre ditempatkan dalam perpustakaan ini sedia untuk dibaca.

Sudah tentu dengan hiasan dekorasi yang menarik gabungan antara rak buku perpustakaan dan kotak deposit wang, perpustakaan ini lokasi terbaik untuk fotografik.

Pada pendapat Triphackerz.com, bukan sahaja ulat buku teruja berada di sini, malah pemburu instaworthy pasti mahu merakamkan momen mereka di sini.

Sumber Places Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here