Home HOTEL & RESORT Cantiknya Pemandangan di Sipadan Kapalai Water Village Resort ini!

Cantiknya Pemandangan di Sipadan Kapalai Water Village Resort ini!

490
0

Pulau Mabul merupakan sebahagian daripada negeri Sabah yang menjadi sebutan ramai pelancong. Tambahan lagi, punca utama yang membuatkan ianya menarik adalah kerana ianya sebuah pulau yang sangat ‘cool’.

Jika anda berkeinginan untuk datang ke Pulau Mabul, anda boleh menginap di Sipadan Kapalai Water Village Resort! Resort ini merupakan resurt terapung yang tercantik di pulau ini.

sumber: maisinggah.com

Selain itu, resort ini memang terletak jauh dari kawasan daratan dan anda bakal merasai pengalaman berada di resort terapung yang tercantik di Malaysia.

Anda akan berasa seperti seolah olah berada di kawasan perkampungan yang terletak di tengah laut.

Binaan chalet di sini diinspirasikan oleh konsep rumah bajau yang merupakan suku kaum di Sabah.

sumber: dive-malaysia.com

Selain dari itu, antara aktiviti yang dapat dilakukan di sini, anda boleh berkayak, mandi laut dan juga snorkeling. Kalau bangun pagi tu, boleh terus terjun ke dalam laut.

Silap-silap untuk mereka yang dah terpukau dengan keindahan laut di sini, belum sempat simpan luggage lagi anda dah terus terjun ke laut di Pulau Mabul ini.

sumber: maisinggah.com

Perkara yang sangat penting apabila tinggal di sini adalah, melihat ‘sunset’ hanya dengan berada di hadapan pintu bilik sambil ditemani angin laut yang segar.

Pengalaman berada di sini sudah pasti tidak ramai yang dapat ungkapkan dengan kata-kata. Ia sememangnya cantik, indah dan sangat mempersona.

Sementara sekarang PKP dilanjutkan, mungkin harga bilik masih lagi sedikit murah. Tambahan lagi, tiket untuk pergi ke Sabah pun banyak syarikat penerbangan yang tengah buat promosi. Jom ambil peluang ini untuk pergi ke Pulau Mabul dan menginap di Sipadan Kapalai Water Village Resort!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here