Home MALAYSIA Bukan Kaleng-Kaleng! Balai Bomba Seri Manjung Jadi Port Pelancongan

Bukan Kaleng-Kaleng! Balai Bomba Seri Manjung Jadi Port Pelancongan

2143
0

Unik dan menarik!

Bukan sahaja menjadi pusat bagi anggota bomba dan penyelamat, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung, Lumut, bakal dibangunkan sebagai destinasi pelancongan terbaharu.

Ketua BBP Seri Manjung, Shuib Idris berkata, BPP Seri Manjung menyediakan banyak tarikan pelancong dan pada masa yang sama, ia memberi ruang untuk orang ramai cakna mengenai tugas dan peranan anggota bomba.

Antara daya tarikan yang disediakan di sana ialah ruangan untuk berswafoto di hadapan premis, galeri yang menempatkan peralatan dan topi operasi yang pernah digunakan pasukan ini sejak tahun 1800-an serta sudut Laman Mata Hati menggunakan bahan terpakai.

Dalam pada itu, balai itu turut membina Taman Herba yang menanam kira-kira 60 spesies termasuk lemuju, tongkat ali, bunga gincu, cermin mekah, putat dan lain-lain.

Ruangan Perkampungan Ikhtiar Hidup turut diwujudkan dalam kawasan premis itu yang mana sebelum ini sering digunakan untuk memberi pedoman dan tunjuk ajar kepada kumpulan pendaki dan penggemar aktiviti hutan, bagaimana untuk ‘hidup’ dalam hutan menggunakan bahan semula jadi.

Balai ini juga mempunyai replika kapal yang digunakan sebagai tempat latihan penyelamatan serta simulasi apa tindakan boleh dilakukan ketika berada dalam gelap.

Sebelum ini ia sering menjadi tempat latihan untuk pelbagai agensi termasuk dari luar Perak dan akan menjadi antara lokasi boleh dikunjungi pelancong.

Sumber & Kredit foto: Utusan /FB Balai Bomba dan Penyelamat Seri Manjung

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here