Home MAKAN-MAKAN Buka Selera Dengan Hidangan Lazat & Suasana Menarik di Café Tujoh

Buka Selera Dengan Hidangan Lazat & Suasana Menarik di Café Tujoh

747

Mengambil inspirasi zaman 1970-an, dekorasi cafe Tujoh ini memang menggamit minat ramai pengunjung yang datang.

Terletak di 617, Jalan 17/10, Seksyen 17, 46400 Petaling Jaya, café ini menyediakan pelbagai jenis juadah enak yang boleh dinikmati.

Bercakap mengenai dekorasi, hiasan bertema retro disulami dengan pohon menghijau menjadi tarikan café Tujoh.

Pastinya mereka yang gemar berfoto akan teruja bila melihat satu sudut bergambar yang dipenuhi dengan televisyen dan radio lama, memang klasik!

Jika anda gemarkan kopi, jangan lupa dapatkan secangkir minuman kesukaan anda di sini dan pastinya ia lebih indah dnikmati dengan sepotong kek!

Selain itu, mereka juga menyediakan pelbagai makanan menarik yang pastinya membuatkan anda tersenyum apabila pulang nanti.

Jadi, apa tunggu lagi, PKP pun dah habis, sekarang dah boleh dine-in, jangan lupa singgah ke café Tujoh!