Home MALAYSIA Boleh lah Nanti Nak Sambut Birthday Kat Sini, Castra By Colony

Boleh lah Nanti Nak Sambut Birthday Kat Sini, Castra By Colony

650
0

Zaman sekarang ni ramai yang suka menyambut sesuatu seperti majlis hari lahir, ulang tahun perkahwinan, ‘reunion’ dan macam-macam lagi. Apabila sudah merancang untuk meraikan ‘event’ tersebut, anda mesti tercari-cari tempat untuk melangsungkan majlis tersebut.

Terdapat satu tempat yang menarik untuk anda raikan majlis anda iaitu, Castra by Colony yang terletak di Kuala Lumpur. Apa yang menarik dengan tempat ini? Ia merupakan ‘tapak perkemahan’ yang mewah yang terletak di ‘rooftop’ di tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Kiranya apabila anda berada di sini, anda secara tak langsung dapat melihat keindahan bandaraya Kuala Lumpur yang banyak bangunan yang tinggi serta moden.

Ini bukan ‘tapak perkemahan’ yang biasa-biasa tau. Sudah pasti harga untuk tempahan di sini juga sudah tentu mahal. Di sini juga anda boleh melakukan ‘picnic’ secara santai bersama rakan-rakan mahupun yang tersayang.

Di sini juga, anda dapat melihat bangunan pencakar langit iaitu Menara KLCC dengan jelas. Satu perkara lagi yang perlu diambil berat sebelum anda membuat tempahan di sini, di mana anda perlu memastikan hari tempahan anda itu tidak berada dalam cuaca musim hujan. Kalau tidak habis lah basah semua.

Konsep yang diketengahkan di Castra by Colony ini adalah santai tetapi di dalam bandar. Mungkin agak sukar untuk anda jumpa tempat yang begini di tengah-tengah bandar.

Kalau tengah plan untuk menyambut harijadi ke, reunion ataupun gathering untuk sesuatu perkara, anda boleh lah membuat tempahan di tempat ini ataupun anda boleh pergi ke ‘website’ mereka iaitu colony.work/castra-by-colony.

sumber: twitter locco_my

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here