Home Blog Page 4

Nikmati Rasa Sebenar Masakan Siam di Banngkok Setapak Kuala Lumpur

0

Mesti di sini ramai penggemar masakan thai, tambah lagi tomyam thai yang pekat, pedas dan masam. Di Malaysia pun sudah menjadi tempat bertapaknya masakan Thai dan sekaligus menjadi tarikan utama penduduk di Malaysia apabila sebut pasal makanan. Selain dari tomyam, terdapat pelbagai lagi masakan thai yang menjadi kegemaran ramai orang Malaysia.

Terdapat satu restoran yang terletak di Setapak yang bernama ‘Banngkok Street Food’. Di sini, anda akan disajikan dari A sampai Z menu masakan asli Thai. Lagi satu ia sememangnya sedap dan berbaloi untuk anda.

Menu pilihan utama para pelanggan yang datang ke sini adalah Tomyam Seafood Fire Pot. Tomyam ini diisi dengan lala, sotong, udang dan ketam. Ianya dihidangkan ‘berasap’ di hadapan anda. Mesti anda terliur kan tengok gambar menu ini?

Menu kedua terbaik di sini adalah daging bakar sizzling cheese. Dagingnya dibakar terlebih dahulu kemudiannya dipanas di atas piring sizzling bersama telur mata dan ditaburkan mozarella cheese.

Di sini juga terdapat ‘cucuk-cucuk’ yang disediakan lebih kurang 20 pilihan untuk anda pilih. Ia disajikan bersama kuah sambal yang pedas dan sedap. Anda boleh pilih sama ada bakar atau rebus.

Untuk pencuci mulut pula, anda boleh ‘order’ pelbagai variasi pilihan roti canai, roti sangkaya, aiskrim kelapa dan pulut mangga. Terdapat pelbagai lagi pilihan ‘dessert’ yang bakal membuatkan anda kenyang sehingga kembung perut.

Sudah pasti bila anda datang ke sini anda seakan berada di pekan Bangkok oleh kerana dekorasinya yang seiras seperti berada di Bangkok. Apa yang penting adalah makanannya dijamin sedap dan berbaloi.

sumber: instagram.com/banngkok

POPULAR

LATEST

44,197FansLike
279FollowersFollow
882FollowersFollow
1,713FollowersFollow
194SubscribersSubscribe