Home Blog

Tip Lengkap Travel Ke Hong Kong Untuk Muslim

0

Tip Lengkap Travel Ke Hong Kong Untuk Muslim. Hong Kong antara destinasi yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Mungkin disebabkan banyak pilihan penerbangan terus dari Malaysia ke Hong Kong. Lagi satu di Hong Kong sekarang tak macam dulu. Dahulu mungkin agak sukar untuk mencari makanan halal dan memaksa pelancong muslim membawa bekal dari Malaysia untuk makanan di sana.

Namun sekarang, makanan halal bukan lagi masalah utama pelancong muslim jika ke negara bukan Muslim.

Kali ini kami kongsikan sedikit tips dan panduan untuk mereka yang berhajat untuk ke Hong Kong terutama bagi pelancong muslim.

Panduan dan tip asas ke Hong Kong

1. Pengangkutan awam sangat mudah dan perlu banyak jalan, hari-hari jalan kaki. Semasa berada di Hong Kong 5 hari berat badan boleh turun sehingga 1kg. Sesuailah untuk siapa yang nak diet.

2. Makanan halal banyak di Hong Kong

3. Escalator di MTR sangat laju, laju sangat. Terperanjat masa mula-mula naik escalator. Kepada pelancong macam kita ni, masa naik escalator sila hati-hati, pegang pemegang, kalau tak nanti takut jatuh. Semasa berdiri di escalator sila diri belah kiri, belah kanan untuk orang lalu lalang nak kejar train. Kalau bawa mak ayah sila pimpim tangan diorang ya!

4. Tempat tinggal : 1 malam lingkungan RM130 – RM150.

5. Tidak memerlukan Visa untuk travel ke Hong Kong

6. Penduduk diorang sangat ramah

7. Selamat terutama dari pick pockets.

8. Orang semua baik-baik. Jarang nampak orang obes, dan diorang sangat menjaga pemakanan.

Makanan Halal

Kalau ke Hong Kong, tak sah kalau tak singgah di Masjid Ammar ni untuk makan masakan Cina. Masjid ini terletak di Wan Chai Pulau Hong Kong. Untuk ke masjid ni, korang kena turun di station Wan Chai exit A (island line- line biru)

Keluar je dari station MTR tu (exit A) berhadapan station tu ada tram station, naik tram ke arah causeway bay (baca paparan dekat depan tram) dan turun di station tonochy road (station no 47E atau 52W) Harga tram HKD2.30 (kena sediakan duit kecik sebab tak ada baki). Turun dari tram, akan nampak basketball court dan ada laluan di sebelah court (rujuk gambar)

Ikut laluan tu, naik tangga, ada traffic light berhadapan dgn convenient store. Bangunan dia belakang convenient store tu adalah Masjid Ammar. Just terus smpai ujung bangunan, belok kiri jumpa pintu masuk. Naik lift tingkat 5 untuk ke kantin.

Ingin mencuba dim sum Hong Kong yang tulen? Kantin Pusat Islam menawarkan dim sum halal untuk sajian makan tengah hari dan hidangan Kantonis untuk sajian makan malam.

Alamat: 5/F, Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Centre, 40 Oi Kwan Road, Wan Chai, Hong Kong Island

Culture

Yes rata-rata orang cakap Hong Kong sangat mahal, actually kalau bajet dengan betul masih boleh jimat, kami tak kata murah tapi masih lagi boleh jimat. Tapi kami nak pesan jangan terlalu jimat sampai menyusahkan diri sendiri.

Apa yang kami boleh katanya Hong Kong walaupun mahal tapi berbaloi untuk dilawati kalau korang sejenis penggemar culture. Orang kat sana pun respect each other. Macam kita lah kalau kita respect orang, orang pun akan respect kita juga. Paling best dalam semua benda diorang tahu beratur. Tak cross traffic light masa merah, tak ada bunyi hon pun. Public transport the best ever! 30 seconds each train (yang kami buat calculation lah) I hope Malaysia will be like this in the future.

Tempat Menarik dan Shopping di Hong Kong

Hong Kong tak perlu nak pertikaikan lagi sebagai tempat shopping paling best di Asia. Banyak barang-barang menarik boleh shopping.

Orang kita ni kalau shopping tempat paling best adalah street shopping, kat Hong Kong ni pun boleh tahan banyak pilihan tempat untuk shopping. Antaranya:

1. Kowloon Street Shopping

Terletak di sekitar Yau Ma Tei dan Mong Kok, tempat ini begitu sibuk sekali dengan orang ramai. Namun untuk shopping memang best dekat sini. Untuk Ladies tempat ini memang untuk anda sebab banyak jual barang-barang seperti make up, baju cantik-cantik dan macam-macamlah lagi. Dibuka dari jam 12:30 – 22:30). Kalau korang power bab tawar menawar boleh cuba di sini.

2. Harbour City

Terletak di Tsim Sha Tsui, ada lebih dari 700 stores dan 50 gerai makanan dekat sini. Memang antara syurga buat kaki shopping.

Makanan Mesti Cuba di Hong Kong Musim Panas

Kalau korang datang ke Hong Kong pada musim panas kami cadangkan korang cuba ice cream kat sana. Sedap woo. Then paling best lepaklah sekejap dekat Starbucks Hong Kong. Salah satu tempat korang kena pergi kalau ke Hong Kong. Satu lagi Hong Kong ni banyak desert yang sedap-sedap. Korang kena try juga tu.

Salah satu tempat yang kami boleh recommendkan adalah Kung Woo Beancurd Factory!

Alamat: Hong Kong, Un Chau,118 Pei Ho Street

Accommodation

Untuk penginapan ramai yang tanya tempat yang sesuai untuk tinggal di Hong Kong. Memandangkan kami adalah muslim kami sarankan untuk korang stay di area Tsim Sha Tsui. Kenapa kat sini? Kami suka area ni sebab senang nak cari makanan halal di kawasan ini.  Ada masjid, kedai Pakistan ada restoran mamak Malaysia dekat Chungkin Mansion. Boleh jalan kaki ke jetty naik fery ke bandar.

Dekat area situ juga boleh dapatkan nasi ayam penyet halal dengan RM12 sahaja. Harga sama dengan Malaysia kot.

Jadi kalau mereka yang nak ke Hong Kong boleh buat bajet dari sekarang.

Lets Kota Kinabalu Guys With Your Family and Friends

0

Are you ready to visit Kota Kinabalu ?

Lets KK..

Kalau anda dah bersedia nak ke Kota Kinabalu untuk percutian yg pendek selama 3 hari 2 malam, maka plan lah betol2 ya. Sebab banyak perbelanjaan yg akan digunakan untuk perjalanan jauh ni. Maka isilah masa dengan melawat banyak tempat semaximum yg mungkin dan tenang.

Saya pernah menggunakan perkhidmatan
amazing borneo, yg boleh la sy beri markah 9/10 . Segala nya di susun dengan baik dan ground operator yg sangat mesra pelanggan. Jadual disusun dgn baik dan yg paling penting..penginapan selesa dan makan sedap.

Anyway.. ini lah sedikit sebanyak tips untuk awak awak dan awak di luar sana yg baru pertama kali nak ke KK dan Kundasang

1) pastikan tarih perjalanan anda adalah betul dengan cuaca tempatan. Terutama cuaca di Kundasang. Jangan la pilih musim hujan .

2) Pilih sykt penerbangan yg menawarkan makanan di dalam penerbangan. Sebab penerbangan akan mengambil masa 2 jam setengah. Huh.. sempat la lapar kalau sampai airport awal utk chk in.

3) pilih penerbangan awal pagi supaya anda ada bnyak masa di kota kinabalu dan ada cukup masa untuk singgah banyak tempat menarik sepanjang perjalanan ke kundasang dan sampai awal sikit di pekan nabalu dan kundasang. Pasar nabalu tutup jam 6 petang kalau di kundasang dah nak hampir malam ni.

4) Jangan lupa passport anda! Tapi boleh je gunakan MYcard. Cuma jika gunakan MYcard anda kena simpan resit yg dikeluarkan oleh imigresen di KKIA . Kalau hilang resit tu., kena buat police report tau.. nanti tertingal pulak penerbangan balik dan kena beli tiket lain.
Senang cerita, bawa lah passport. Ada kenangan cop imegresen kita dah melawat borneo.

5)bawa pakaian sesuai ikut cuaca tempatan. Sweater pun ok. Kasut yg selesa dan kalau bole bawa lah baju hujan plastik yg nipis tu.kat kedai 7e dan daiso pun ada jual. In case hujan renyai masih bole lagi jalan2 terutama nya di kawasan bukit yg mudah turun hujan.

6) bekal makanan ringan utk alas perut. At least tak la kelaparan jika makanan yg di sediakan oleh sykt penerbangan tidak menepati citarasa anda.

7) pastikan kumpulan anda menanti di suatu tempat menunggu yg mudah.terutama di klia2. Sy suka berkumpul di depan information board depan starbuck cafe. Pastikan group anda ingat tempat menunggu. Kerana ada beberapa starbuck cafe di klia2. Yg ni dekat dengan tandas, surau di tingkat atas berhamiran esculator dan dekat dengan kaunter bagasi.

8)Menunggu seawal 2 jam sebelum waktu pelepasan atau boarding.. bukan 2 jam sebelum waktu penerbangan. Ini sangat penting. Nanti kalut jika kaunter bagasi sesak. Terutama nya penumpang penerbangan air asia.

Its my friends and I

9)pastikan bagasi yg nak di bawa naik menepati sais yg dibenarkan dan semua bagasi ada tag. Jika anda dalam kumpulan yg besar dan menempah semua tiket menggunakan kod tempahan yg berlainan. Pastikan bagasi mengikut nama dan kod tempahan pada tiket ya. Jgn bertukar2 tag bagasi.

10)ikut syarat2 beg cabin dan there you go. Proceed la ke imigresen dan security
Way to fly guys..

Nanti kita share lagi itenarary dari KKIA ke kundasang.

Masih Ramai Yang Belum ke Kota Kinabalu Rupanya

0
Puncak kemegahan gunung kinabalu dari pine resort kundasang

Sabah , Borneo , Kota Kinabalu …  masih ramai lagi rakyat Malaysia semenanjung yg belum cecah kaki di kota Kinabalu. Apatah lagi nak tengok Gunung Kinabalu.. gunung tertinggi di Asia Tenggara. .

Cantik wehhh.. pencinta Alam sekitar dan kehijauan hutan pasti akan mengambil peluang ke kundasang dan kaki gunung kinabalu.

Namun, masih ramai lagi yg belum berkesempatan menjejak kaki ke Sabah. Ramai juga yg masih tak tahu.. bahawa orang dari semenanjung kalau nak ke sabah bole juga menggunakan MYcard  sahaja  dan Boleh juga guna pasport antarabangsa sebagai dokumen perjalanan.

Mudah kan.. sekarang semua orang bisa terbang.

September lalu.. sy berkesempatan ke kota kinabalu (KK) menaiki penerbangan  air asia dan langsung ke Kundasang untuk melihat sendiri keindahan puncak gunung kinabalu @Akinabalu

Ni lah nak story …sy kena pulak jadi leader sekumpulan rakan taulan yg sama2 nak ke KK ni.

bnyak persiapan awal kena ada kalau nak bawak group . Supaya perjalanan kita nanti akan meninggalkan memori yg paling indah .

Ada sesiapa yg plan nak ke KK utk pertama kali tak? Sebagai pelancong domestik dan bukan sebagai pendaki kinabalu..

Nanti sy share tips dan persediaaan awal ke Kundasang dan kota kinabalu bagi yg nak ke sana dalam jangka masa pendek seperti percutian 3 hari 2 malam.

Bnyak tempat sebenar nya bole cover dalam 3 hari tu.. asalkan x malas @  tidur je di katil hotel.

Trip yg lepas sy bawa 15 orang.. campur la.. lelaki dan perempuan. Hidup kena variasi kan.haha.. kalau xda bunga dan kumbang, mana best nya jalan jalan.

Perjalanan 3 hari 2 malam , Klia – Kota Kinabalu -tamparuli – kundasang – poring – pilipin market dan kk city tour – -klia sangat berbaloi.

 

 

 

Passport Hilang Semasa Travel, Jangan Panik Sila Ikut Langkah Ini

0

Passport Hilang Semasa Travel, Jangan Panik Sila Ikut Langkah Ini. passport antara benda penting semasa travel, sila jaga sebaik mungkin. Kalau nak buat aktiviti lasak ke apa ke simpan elok-elok passport. Kang hilang banyak kerja nak kena buat nanti. Mood travel pun boleh hilang macam tu jer kalau hilang passport.

Ini perkara yang perlu anda buat SEBELUM dan SELEPAS hilang passport. Persediaan SEBELUM hilang passport? Apa maksudnya?  Sebenarnya persediaan SEBELUM perjalanan tidak kurang pentingnya. Kerana jika anda telah membuat persediaan awal, kehilangan passport bukanlah masalah besar yang tidak boleh diselesaikan. Di sini penulis ingin berkongsi  5 perkara yang anda perlu buat  SEBELUM hilang Passport;

1. Pastikan anda ada kit salinan dokumen peribadi. Antaranya; gambar berukuran passport (1), salinan passport (1), salinan kad pengenalan (1), salinan surat beranak (1), salinan lesen memandu (1) dan salinan tiket penerbangan (1) serta sedikit wang kecemasan. Simpan dalam ruangan beg yang tidak mudah tercicir

2. Simpan satu salinan socopy untuk semua dokumen di atas dalam email. Pastikan folder ditandakan supaya senang anda mencarinya nanti. Mana tahu beg anda juga hilang jadi anda boleh login dan cetak salinan tambahan.

3. Pastikan anda tahu alamat Kedutaan terdekat. Print map kerana anda mungkin kehilangan telefon pintar juga, jadi mudah mencari tanpa GPS atau memberitahu arah kepada pemandu teksi.

4. Satu tabiat yang boleh diamalkan ialah mengambil foto stamp / cop imigresen ketika ketibaan dan simpan dalam email. Ini kerana apabila anda membuat passport baru di kedutaan, anda perlu menerangkan kepada pegawai imigresen kenapa passport anda kosong ketika anda berangkat pulang nanti.

5. Pastikan juga kad ATM/debit/kredit anda diaktifkan untuk pengeluaran / penggunaan duit ketika kecemasan. Proses membuat passport baru mungkin lebih daripada sehari sekiranya kedutaan bercuti hujung minggu, dan anda mungkin perlu membeli tiket baru atau mengeluarkan perbelanjaan tambahan. Jika kad anda aktif, mudah bagi ahli keluarga untuk mengirimkan duit kepada anda.

Sekarang, apa pula yang perlu anda buat SELEPAS hilang passport? Jangan panik, dan yang penting jangan bergaduh dengan backpacker lain yang hilangkan dokumen anda. Nanti tak pasal-pasal bertambah masalah kerana kes memukul orang.  Ini 4 perkara yang perlu anda buat;

1. Lapor kepada penginapan anda. Mungkin anda sekadar tercicir dan ada yang terjumpa (housekeeper) dan menyerahkanya ke kaunter pendaaran (lost and found)

2. Minta bantuan untuk ke balai polis terdekat bagi membuat laporan polis. Buat secepat mungkin untuk mengelakkan passport anda digunakan oleh orang lain. Untuk makluman, passport Malaysia laris di pasaran gelap memandangkan wajah warga Malaysia yang berbilang kaum boleh dipakai oleh penyeludup atau penjenayah negara lain untuk menyamar dengan mudah.

3. Bawa salinan laporan polis ke kedutaan Malaysia terdekat. Di sinilah pentingnya kit keselamatan yang anda sediakan SEBELUM berlepas. Dengan kit keselamatan, anda akan dapat membuktikan pertanyaan Kedutaan mengenai: status kewarganegaraan anda, tujuan, tarikh dijangka pulang dan sebagainya.

4. Isikan borang permohonan yang terdapat di kaunter Kedutaan untuk memohon Sijil Passport Sementara. Ada bayaran minimum. Passport akan siap dalam masa kurang sehari. Sijil Passport Sementara (perakuan cemas) hanya layak digunakan sekali perjalanan untuk kembali ke Malaysia (sehala).

*******

Bukan nak mintak jadi kat diri sendiri ke apa, tapi beringat lah tiap kali travel, cuaca tak selalu indah. Beringat sebelum kena.

Tip Bercuti di Musim Panas! Ini 5 Barang Yang Perlu Anda Bawa!

0

Tip Bercuti di Musim Panas! Ini 5 Barang Yang Perlu Anda Bawa! Negara-negara Eropah ketika ini kebanyakkannya sedang berada ni musim panas. Musim panas merupakan salah satu musim yang agak crowded di negara-negara eropah terutamanya di sebabkan ketika inilah mereka mula bercuti.

Bagi pelancong Malaysia bercuti di musim panas bukanlah satu perkara yang biasa. Namun jika nak bercuti di negara-negara Eropah ini 5 barang-barang yang anda perlu bawa ketika bercuti di musim panas.

1. Sun Block

Bagi mengelakkan kulit sunburn teruk pastikan anda packing sekali sunblock. Mungkin sunblock ni nampak leceh tapi ianya memainkan perasan penting untuk menjaga kulit anda. Terutama jika destinasi percutian anda di pulau-pulau.

2. Sunglasses

Sunglasses bukan sahaja berjuaan untuk bergaya malah ianya penting bagi melindungi mata anda dari sinaran matahari.

3. Baju nipis/ringan/tshirt

Pakaian juga perlu di titikberatkan ketika membuat persediaan. pastikan pakaian anda ringan, dan cepat kering. Kalau bolehbawa tshirt yang nipis.

4. Tumbler / botol air

Untuk mengelakkan dehidrasi, pastikan bawa botol air bersama anda. maklumlah cuaca panas membuatkan kita sering dahaga. Selain elok untuk kesihatan anda juga boleh menjimatkan belanja anda dari membeli air di luar. Sesetenagh tempat air mineral di jual agak mahal.

5. Kamera

Bawa kamera bersama bateri dan pengecas. Inilah masa untuk anda mengambil gambar-gambar terbaik ketika bercuti.

Bercuti di musim panas boleh dikatakan agak mudah untuk membuat perancangan tidak seperti bercuti ketika musim sejuk.

Tip Dan Info Penting Anda Perlu Tahu Tentang Visa Travel ke Iran

0

Tip Dan Info Penting Anda Perlu Tahu Tentang Visa Travel ke Iran. Kepada kaki-kaki jalan yang ingin travel ke Iran, kebenaran untuk memasuki negara Iran tanpa visa bukan sahaja terhad kat airport Tehran sahaja. Ini adalah info yg tak diketahui ramai.

Info ini adalah berharga utk geng-geng yang ingin melanjutkan trip dan merantau ke negara-negara berhampiran menggunakan jalan darat. Tahun lepas, aku masuk Iran dari Armenia guna jalan darat. Resah aku bila tertanya embassy Iran di KL diorang advise kena dapatkan visa jika nak masuk jalan darat. Masa tu aku pun dah ada kat Armenia.

Aku terjumpa satu website dipanggil caravanistan.com di mana ada travellers lain berkongsikan pengalaman diorang merantau di Central Asia. Pendek kata, aku terdapat no. telefon seorang pegawai sempadan yang station kat Tabriz. Aku call dia guna WhatsApp dan dia confirm orang Malaysia tak perlukan visa walaupun masuk ke Iran guna jalan darat.

Oleh sebab tak banyak travellers dari Malaysia yang guna jalan ni, aku saja nak sharekan supaya mereka yang nak ke Azerbaijan, Armenia, Gerogia dan Turki dari/ke Iran ada choice jika tak nak terbang.

Oh btw, visa Armenia dan Azerbaijan tu senang nak dapat, cuma apply online saje, bayar US$20 utk 30 hari. Georgia tak kenakan visa kpd org Msia so boleh ulang-alik masuk keluar gunakan train. Tip: baik masuk Azerbaijan dulu before Armenia sbb dua2 negara ni technically sedang berperang dan pegawai2 sempadan Azerbaijan akan menyekat jika ada chop Armenia dlm passport dan bukan sebaliknya.

Satu lagi pengalaman nak share ialah bila aku masuk Azerbaijan, passport kitorang akan mengalami masalah sbb ia tak mengkategorikan nama mengikut first/last name. Aku tersekat kat immigration selama 30 minit. Kesian fren German aku yg terpaksa tunggu aku keluar dan bersama2 miss bus kami ke final destination.

Harap2 info ni dapat membantu geng2 yg merancang utk travel ke Iran dan Caucasus. Sekian.

AirAsia Buka Laluan Baharu Dari Kota Kinabalu Ke Macao

0

AirAsia Buka Laluan Baharu Dari Kota Kinabalu Ke Macao. Jika sebelum ini AirAsia terbang dari KLIA2 ke Macao kini, Air Asia Memperluaskan lagi laluannya ke Macao melalui Kota Kinabalu pula. Penerbangan empat kali seminggu ini akan bermula pada 2 November 2018 ini.

Dikenali sebagai Las Vegas Asia, Bandar ini menggabungkan budaya Portugis dengan ciri-ciri tradisional Cina, menjadikannya destinasi yang unik dan menarik untuk dikunjungi oleh pelancong.

Menurut Spenser Lee ketua bahagian Komersial AirAsia Malaysia berkata, ‘Kota Kinabalu merupakan salah satu hub terbesar selepas Kuala Lumpur dan kami amat komited untuk mengembangkan lagi laluan terbaru untuk pelancong tempatan dan antarabangsa. Kami telah melancarkan penerbangan secara terus dari Kota Kinabalu ke Bangkok, dan terbaru laluan ke Macau. Kami berharap akan membuka pelbagai laluan dari Sabah ke seluruh Asia dan Australia’.

Untuk laluan Kota Kinabalu ke Macau, AirAsia telah menetapkan tempahan awal harga Rm 134 untuk pelanggan biasa dan Rm 129 untuk pelanggan Bigpoint. Kepada yang berminat ingin ke Macau, anda boleh membuat tempahan bermula 19 Ogos ini untuk tarikh penerbangan 2 November 2018 sehingga 29 Mac 2019. Log masuk menggunakan ahli Big untuk mendapat diskaun sebanyak RM32.

Barang Yang Perlu Dibawa Ketika Bercuti Atau Travel

1

Barang Yang Perlu Dibawa Ketika Bercuti Atau Travel. Tiap kali nak travel barang-barang yang wajib bawa sila pastikan dibawa ya. Nanti kalau tertinggal susah pulak nak cari kat sana.

1. Salinan Dokumen

Pastikan korang membuat salinan pada setiap dokumen-dokumen penting seperti passport, dan MyKad. Ini penting kerana jika anda kehilangan dokumen asal salinan ini dapat memebati jika ada hal kecurian atau keciciran berlaku.

CHECK LIST:

  • Visa
  • Passport
  • Kad Pengenalan Diri
  • Tiket
  • Lesen Memandu Antarabangsa
  • Kad kredit
  • Insurans
  • Peta
  • Salinan Nombor telefon kecemasan

2. Barang Peribadi

Kalau boleh korang asingkan semua barang-barang berharga seperti duit, kad kredit dan kad bank korang ke satu tempat lain yang selamat selain dompet. Ini penting kerana jika berlaku kehilangan dompet setidaknya korang tidak kehilangan smeua barang yang berharga yang ada.

Selain tu pastikan juga barang keperluan yang memang anda perlukan seperti cermin mata, lens, jam, kunci, telefon bimbit diletakkan di satu tempat yang sama.

CHECK LIST:

  • Duit,
  • Kad ATM
  • Kad Kredit
  • Cermin mata
  • Lens
  • Jam
  • Kunci
  • Dompet
  • Telefon Bimbit.

3. Barangan Penjagaan Diri

Barang keperluan penjagaan diri adalah amat pentinguntuk dibawa dan biasanya lelaki selalu terlepas pandang part ni. Alatan asas seperti berus gigi, pencuci muka, ubat gigi, deodoran, syampu dan pencukur adalah barang yang perlu di bawa. benda ni  selalunya aku mesti terlupa untuk bawa. Jangan lupa sunblock jika bercuti di tempat yang panas. Lebih senang korang bawalah pek mini untukkorang gunakan sepanjang percutian.

CHECK LIST:

  • Berus Gigi
  • Ubat Gigi
  • Pencuci Muka
  • Syampu
  • Deodoran
  • Set Pencukur
  • Sun Block
  • Tisu
  • Lip Balm
  • Pewangi

4. Pakaian

Jika percutian korang tidak melebihi seminggu, pastikan korang membawa kemeja-T secukupnya. Bawa juga sehelai sweater berserta seluar Jean dan seluar pendek. Seluar dalam jenis boxer lebih sesuai bagi lelaki jika ingin bercuti. Namun bawa juga brief bagi kesesuaian jenis seluar. Cukup sekadar sepasang kasuttahan lasak atau sneakers dan selipar jenis flip flop untuk dibawa.

CHECK LIST:

  • Kemeja T
  • Kemeja
  • Sweater
  • Jeans
  • Seluar Pendek
  • Boxer/Brief
  • Kasut
  • Selipar Flip Flop

5. Kesihatan

bagi korang yang mempunyai masalah yang mempunyai masalah kesihatan atau alergi, pastikan segala ubatan yang korang perlukan dipek didalam sebuah bekas khas. Ingat apabila becuti pelbagai kemungkinan berlaku.

CHECK LIST:

  • First-aid kit mini
  • Inhaler (bagi yang ada asthma)
  • Paracetamol
  • Pain Killer
  • Vitamin tambahan
  • bekas pil

6 Tempat Menarik Anda Pergi di Danau Toba Indonesia

0

6 Tempat Menarik Anda Pergi di Danau Toba Indonesia. Baru-baru ni, Air Asia dan Malindo Air ada buat promosi dan perkenalkan route terbaru mereka iaitu penerbangan terus ke Danau Toba ataupun Lake Toba.

Kalau sebelum ni, bila kita bukak internet tak banyak yang berkongsi tentang Danau Toba. Sebenarnya, Tasik (danau) yang terletak di Sumatera, Indonesia ini merupakan tasik gunung berapi yang terbesar di dunia.

Walaupun bukanlah satu destinasi yang membangun, disebabkan keadaan persekitaran yang cantik dan pemandangan yang memukau, korang tak akan perasan pun. Lebih banyak menghabiskan masa menikmati pemandangan dan keindahan ciptaan Tuhan ni.

Di Danau Toba, ada satu pulau yang dipanggil Pulau Samosir, dan dekat sini, pemandangan dia memang lain macam.

Kalau korang terfikir apalah agaknya aktiviti yang boleh dibuat di Danau Toba ni, kitorang ada suggestion.

#1. Melawat Perkampungan Batak

Antara perkara yang famous korang boleh buat dekat Danau Toba disebabkan mudah untuk diakses adalah melawat sebuah Perkampungan Batak Purba yang terletak berdekatan dengan Kampung Ambarita.

Ambarita terletak kurang lebih 5 kilometer daripada Tuk-tuk kalau ikut jalan utama lah. Korang boleh ke tempat mesyuarat yang digunakan oleh Raja setempat disitu yang dibuat menggunakan batu. Ala-ala stone table dalam Narnia lah mungkin.

#2. Melawat Mata Air Panas

Kawasan air panas terletak di tepi Pulau Samosir. Bertentangan dengan Tuk-tuk dan diluar sikit daripada Panguruan, kawasan tempat tinggal terbesar di Pulau Samosir ni. Tapi, kat sini tak boleh mandi. Satu sebab airnya terlalu panas. Dua, bau sulfur disini terlalu kuat dan berbahaya jika dihidu dalam masa yang lama.

Mungkin sekarang dah ada kawasan yang didirikan untuk mandi.

Kalau menaiki motorsikal (perlukan skill yang power), korang boleh melalui jalan yang agak mencabar untuk ke puncak dan ke ‘punca’ air panas tersebut. Dekat sini jugak, korang boleh dapat pemandangan Danau Toba dari atas yang sememangnya cantik.

p/s: Katanya gambar dekat sini paling cantik!

#3. Melawat Muzium Batak

15 kilometer dari Tuk-tuk, terdapat Muzium Batak. Menariknya, Muzium ini pada asalnya ialah rumah tradisi kepunyaan Raja pada zaman dahulu dan diubahsuai menjadi Muzium Batak. Walaupun tak berapa besar, kalau nak belajar lebih lanjut tentang suku kaum Batak ni, boleh lah ke sini.

Katanya, ada juga persembahan tarian tradisional yang diadakan disini pada jam 10.30 pagi.

#4. Memandu Sekitar Pulau

Kalau nak adventure, sewa motor dan bertolak awal pagi. Memang korang akan menyaksikan sesuatu yang tak dapat nak digambarkan. Kalau korang nak pengalaman yang ‘genuine’ cubalah, korang akan nampak kehidupan seharian orang tempatan.

Dari segi pemandangan, boleh tengok gereja lama dan jugak pemandangan gunung berapi. Untuk memandu di Pulau Samosir, katanya pihak berkuasa sana tak selalu check, jadi bawak ajelah. Cuma patuhi undang-undang tempatan. Jangan buat perangai driver Malaysia kat sana.

#5. Tengok Tasik Dalam Tasik

Cari Danau Sidihoni. Kalau nak diikutkan, memang sangat ‘rare’ ada tasik yang macam ni. Walaupun perjalanan ke sini agak mencabar, tapi percayalah, ianya berbaloi.

Naik motorsikal (jalan mencabar) antara Ronggumihuta dan Partungkoan, kemudian korang kena hiking sikit. Kalau sesat, tanyalah orang kat sana.

#6. Tenunan Tradisional

Di Buhit, salah satu perkampungan kecil di sini merupakan rumah kepada penenun tradisional yang membuat pakaian tradisional Batak yang digunakan untuk ritual ataupun tarian.

Dari segi lokasi, Buhit ni terletak di Utara Tuk-tuk, sebelum sampai di Panguruan dan kawasan air panas.

Bila buat artikel pasal Danau Toba ni, mulalah tangan gatal nak cari flight tiket. Mentang-mentanglah sekarang Air Asia dengan Malindo Air dah ada direct flight kan. Haha… Jomlah kita!

Percutian Anda Akan Jadi Terpaling Malang Jika…

0

Assalamualaikum semua…Disini saya nak kongsikan beberapa keadaan/situasi teknik yang digunakan oleh individu/kumpulan yang tidak bertanggungjawab Untuk MEROMPAK wang dan Harta benda anda ketika anda sedang melancong sama ada di dalam atau luar negara.Perkongsian berdasarkan pengalaman saya sendiri ketika saya melancong dan mungkin tidak sama dengan anda yang pernah saya alami. Silalah baca sampai abis yer yang ada di bawah nie…

1) Berlagak mewakili daripada jabatan YANG DITUGASKAN UNTUK MEMUNGUT DERMA. Modal operandes untuk mengambil duit dari pelancong dengan meminta pelancong untuk menurun tandatangan menunjukkan sokongan yang telah dibuat . Selepas mangsa selesai menandatangi ,pemangsa akan terus akan membuatkan mangsa untuk mengeluarkan sejumlah wang kerana tanda telah setuju untuk menderma sejumlah wang.

2) Berlagak sebagai seorang pegawai keselamatan & polis . Cara untuk pemangsa (2-3 orang) menjerat mangsa dengan mereka akan menegurkan mangsa dan beramah mesra sambil bercakap beberapa dialek mangsa menyebabkan mangsa teruja. Dalam sepanjang perbualan, mangsa akan diperlawa untuk ditunjuk dengan sesuatu yang sangat menarik sebagai contoh restauran halal murah dan sedap. Jika anda ikot atau tidak, akan didatangi seseorang (menyamar polis) mendekati mangsa& pemangsa dan menegur mereka sama ada mereka mengenali satu sama lain atau tidak. Orang yang menyamar polis akan meminta mereka mengeluarkan passport .

Dipendekkan cerita pemangsa akan dituduh orang yang dikehendaki dan mangsa terlibat dikatakan telah bersubahat dan meminta Untuk mengikuti (penyamar polis ) untuk ke balai polis . Jangan sekali ikot kecuali suruh die call kereta polis peronda datang. Jika polis penyamar enggan berbuat demikian sila beredar serta-merta.

3) Telefon bimbit/barangan anda akan dirampas ketika pintu Metro/Train/Tram /Teksi hampir tertutup menyebabkan mangsa tanpa gagal membuat apa-apa dan terkedu. Tindak balas cepat sila menjerit sebelom train bergerak. Train akan berhenti dah pintu train akan dibuka. Jika anda ingin mengejar orang yang telah meragut telefon /barangan anda , pastikan kesemua barang di bawak bersama atau tinggalkan kepada kawan jika berjalan berkumpulan. Jika anda tinggalkan barang, Ada lagi seorang lagi perlaku yang akan mencuri barangan anda ketika anda mengejar peragut.

4) Kebanyakkan pelancong kehilangan barangan berharga ketika menaik public transport . Sila berhati-hati dan pastikan barang berharga sentiasa di sisi anda. Dan Jangan terlalu alpha dengan orang-orang di sekeliling anda .

5) Orang berpakaian kemas yang menyamar sebagai pegawai infomation yang menipu tiket masuk ke tempat pelancongan. Biasanya mereka akan memperkenalkan diri sebagai orang yang akan membantu anda untuk mengetahui selok-belok tempat-tempat yang menarik di sekeliling tempat yang anda akan lewati. Dia akan menawarkan beberapa tiket masuk ke tempat lawatan jauh lebih murah jika anda membeli online atau di kounter. Untuk di elak dari ter tipu , sila cari pegawai informasi yang betul-betol berada di dalam kawasan tumpuan pelancongan sebab mereka memang dilantik .


6) Berlakon dalam keadaan susah meminta wang ehsan dan bantuan. Perlaku akan memberi tahu Masalah yang dihadapi akan diberitahu seperti tertinggal bus, tak cukup wang untuk beli ticket bus baru . Jangan sesekali bersimpati kepada mereka. Mereka akan mencari mangsa yang muka-muka baru terutamanya pelancong yang melalui kawasan tersebut

7) Memaksa membeli barangan yang telah dijual. Pelancong dinasihatkan lebih berhati-hati apabila melancong kenegara seperti China. Kebanyakkan penjual disini akan lebih memaksa dan menipu dengan Harga yang telah ditawarkan. Untuk anda ingin berbelanja di sini, sila potong terus ke tahap Harga 80% off dari Harga yang telah ditawarkan.harga sebenar jauh lebih murah.

8) Sila berhati-hati jika anda ingin membuat pertukaran duit di ‘Money Changer’ . Sila pastikan wang anda terima cukup dengan nilai harga ditawarkan. Biasanya staff di money changer akan membuat perkiraan duit tersebut berulang kali sampai kita berpuas hati dan menyerahkan duit. Dan ketika itu ada duit kita telah dikebas sekeping atau lebih. Sila Buat perkiraan di depan staff money changer Untuk mengelak sebarang kekeliruan yang berlaku dan bukti yang kukuh anda menerima cukup atau kurang wang telah diterima. Di nasihatkan juga pergi mencari ‘Money changer’ yang betol-betol berdaftar seperti bank.

P/s : Mungkin pengalaman saya tidak sama dengan anda semua . Tapi saya berharap perkongsian saya Insyallah akan membantu anda ketika anda semua melancong ke luar negara. Bagi Rakan-rakan muslim, sila amalkan surah-surah & doa-doa Untuk dijadikan pendinding supaya anda selamat dari segala ancaman seperti di PUKAU.

-Sham Simon-
Mr Tour Guide
#shamtourguide #mrtourguide

POPULAR

Latest

45,381FansLike
276FollowersFollow
920FollowersFollow
1,710FollowersFollow
105SubscribersSubscribe