Home MALAYSIA Best Gila Kalau Dapat Glamping Bersama Teman-Teman di Tiarasa Escape, Janda Baik!

Best Gila Kalau Dapat Glamping Bersama Teman-Teman di Tiarasa Escape, Janda Baik!

2712
0

Percutian dengan tema glamor camping atau glamping semakin mendapat perhatian ramai orang di negara ini.

Terdapat beberapa destinasi glamping mula menjadi tumpuan pelancong tempatan, salah satunya adalah Tiarasa Escape yang tertelak di Janda Baik, Pahang.

Resort yang menawarkan percutian ala glamping ini pastinya menyajikan satu pengalaman baru untuk anda dan teman-teman yang mahukan kelainan.

Jangan risau kerana resort milik penerbit dan pelakon popular, Puan Seri Tiara Jacquelina ini hanya terletak satu jam dari pusat bandar dan cukup sesuai untuk warga kota yang mahu lari daripada kesibukan harian.

Menyediakan lebih 20 tapak glamping, pastinya suasana tidur di khemah-khemah kanvas ini memberikan keunikan kerana ia tidak mengetepikan keselesaan dan ia setaraf dengan bilik-bilik hotel!

Pelbagai aktiviti lain juga boleh dijalankan di sini, antaranya ialah bermandi manda di wading pool, merasai sendiri kesejukan Sungai Enderong yang terletak bersebelahan resort, piknik, stargazing, BBQ, unggun api, moonligt cinema dan banyak lagi!

Jadi, untuk anda yang mahu merancang percutian di sini, apa kata singgah di laman web mereka di www.tiarasaescapes.com untuk maklumat lanjut!

Foto: Instagram Tiarasa Escapes

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here