Home MAKAN-MAKAN Berkonsepkan Container, Menariknya Mayel’s 19 Café & Dessert Ni!

Berkonsepkan Container, Menariknya Mayel’s 19 Café & Dessert Ni!

1365

Kafe dengan konsep yang menarik dan tersendiri semestinya mendapat tempat di hati ramai pengunjung.

Begitu juga dengan Mayel’s 19 Café & Dessert yang menampilkan tema container ini, memang menarik untuk diteroka oleh mereka yang gemarkan aktiviti café hopping.

Terletak di Jalan Genuang, Bandar Seberang, Segamat, anda boleh rasakan ketenangan melihat dekorasi yang simple tapi menarik yang diketengahkan oleh kafe ini.

Baru sahaja dibuka awal tahun lalu, Mayel’s 19 Café & Dessert menyediakan aneka hidangan lazat yang mampu untuk menambat selera orang ramai.

Selain itu, penggemar kopi juga boleh singgah ke sini untuk menikmati kehangatan secangkir minuman ini sambal bersantai.

Mereka juga menyediakan pencuci mulut seperti kek yang sedap-sedap tau!

Ha, kepada mereka yang berada di sekitar Segamat, Johor, jangan lupa singgah di Mayel’s 19 tau!

Kredit foto: Instagram Mayel’s 19, Twitter @sweetsyaaa