Home MAKAN-MAKAN Berita Baik untuk Peminat Kuih Tempatan, Dapatkan 40 Pilihan Kuih Sedap Cafe...

Berita Baik untuk Peminat Kuih Tempatan, Dapatkan 40 Pilihan Kuih Sedap Cafe Kueh.

561

Malaysia terkenal dengan kepelbagaian makanan oleh kerana wujudnya kepelbagaian bangsa yang tinggal di sini. Apa yang menariknya, semua bangsa saling berkongsi makanan untuk menikmatinya.

Tambahan lagi, bangsa Melayu terkenal dengan keunikan dan keenakan pelbagai kuih muih. Jika nak senaraikan memang panjang lah untuk dimasukkan di sini.

Kedai yang dinamakan Cafe Kueh ini, terletak di Shah Alam. Lebih spesifik lagi di Seksyen 13 bakal menyajikan anda lebih kurang 40 jenis pilihan kuih muih tempatan yang sangat sedap dah lazat.

Malah pelanggan yang tinggal bukan sahaja di kawasan Shah Alam, dari luar juga turut datang ke sini dan memberi sambutan yang amat baik.

Bayangkan 40 jenis kuih muih, mana tak rambang mata nak memilih kuih kan? Jika anda terliaht banyak pilihan kuih favorite anda, anda boleh memilih set kuih platter (20 kuih) dan barulah best hidang untuk sarapan pagi.

Selain dari itu, anda juga boleh mendapatkan nasi lemak mereka yang lazat dan menyelerakan di sini. Kemudian, di sini turut dijual roti jala yang juga enak. Set Laksa Utara yang dihidangkan di sini sangat sedap serta lazat.

Jadi untuk anda yang sudah lama mencari kuih kegemaran tapi tidak jumpa, anda boleh datang ke sini untuk hilangkan craving anda.

sumber gambar: KL Foodie