Home LAIN-LAIN Bekas Tapak Lombong Kini Pusat Rekreasi di Batu Gajah

Bekas Tapak Lombong Kini Pusat Rekreasi di Batu Gajah

128

Daripada kawasan perlombongan tin terbiar kini berubah wajah kepada taman Maze yang terletak di Jalan Tanjung Tualang, Batu Gajah, Perak.

Taman Maze seluas 55,000 kaki itu boleh dikatakan sebagai Maze terbesar di Malaysia dengan pelbagai laluan rahsia untuk dijelajahi.

Kepada mereka yang tidak mengetahui apakah itu Maze? Maze merupakan gabungan pelbagai lorong mengelirukan dengan satu pintu masuk dan keluar.

Untuk keluar daripada taman Maze berkenaan anda perlu mempunyai daya kreativiti, pemikiran logik dan ingatan yang kuat untuk membolosi dari pintu masuk ke pintu keluar.

Uniknya mengenai binaan taman Maze di sini terbahagi kepada blok simen dan tanaman pohon renek serta taman hijau.

Malah jika diamati, terdapat blok Maze dihiasi dengan barang-barang terpakai seperti botol. Selain itu, tanaman pokok di sini juga turut menggunakan barang terbuang sebagai pasu.

Selain daripada taman Maze yang merupakan tarikan ikonik di sini, kawasan berkenaan turut menyimpan pelbagai sejarah berkaitan industri perlombongan di Perak.

Pengunjung berpeluang menyaksikan sendiri bekas tapak perlombongan dan kawasan melombong yang terbiar.

Bukan itu sahaja, pengunjung seakan melalui terowong masa apabila sebagai kapal korek berusia 82 tahun masih wujud di kawasan berkenaan.

Pengunjung dibenarkan untuk menyaksikan kapal berkenaan secara dekat, tetapi sila jangan sentuh atau naik kapal berkenaan. Khuatir ditimpa kecelakaan pula..

Sumber Places Malaysia