
Min masih ingat sekitar lewat 1990-an sanggup request kepada bapa min untuk masukkan siaran Astro semata-mata untuk menonton siri kartun popular Kampung Boy.
Kanak-kanak sezaman min mungkin boleh relate dengan betapa bestnya kartun ini kerana penceritaannya yang berlatarbelakangkan suasana kampung tradisional.

Kelibat watak seperti Opah, Mat Bo dan Tak antara mewarnai siri Kampung Boy saban hari yang secara eksklusif dipancarkan di Astro pada ketika itu.
Tahukah anda siri Kampung Boy merupakan sentuhan anak tempatan Datuk Lat iaitu anak kelahiran Gopeng di Perak.

Siri ini bukan calang-calang kerana berjaya menembusi negara luar seperti Kanada dan Jerman.
Namun bukan itu yang ingin dikongsi dalam artikel kali ini, sebaliknya kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Datuk Lat menghidupkan Kampung Boy di tengah kota metropolitan ini.

DBKL telah berkolaborasi dengan kartunis legenda terbabit mencipta karikatur yang popular dalam siri tersebut untuk dipamerkan di sekitar Kuala Lumpur.
Walaupun sekadar melukis dan penempatan karikatur, namun jika diamati setiap hasil seni tersebut mempunyai kisah yang tersendiri.

Setiap arca merupakan gambaran dan cerminan kehidupan rakyat Malaysia sekitar ibu kota sebelum Kuala Lumpur pesat membangun sehingga kini.
Oleh kerana arca tersebut tidak besar, maka anda perlu mencari sendiri di mana lokasi arca itu ditempatkan.

Bagaimanapun, mood min baik hari ini, maka min kongsikan beberapa lokasi penempatan arca ini antaranya di Jejak Warisan Lebih Ampang, Jalan Melaka dan Bukit Nanas. Selebihnya sila hunting sendiri.
Bila dah jumpa, jangan lupa kongsi dalam ruangan komen ya…

Sumber: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur