Home OVERSEAS TRAVEL ASIA Apakah Tarikan yang Terdapat di Ta Dung Reserve, Vietnam?

Apakah Tarikan yang Terdapat di Ta Dung Reserve, Vietnam?

115

Seperti yang kita lihat di dalam gambar? Apakah tarikan yang terdapat di sini? Sebelum itu, jom kita kenali dulu tempat ini. Tempat ini diberi nama Ta Dung. Ianya terletak di Vietnam.

Ia merupakan kawasan pemuliharaan yang sebesar 22 hektar. Tempat ini sudah menjadi tarikan utama pelancong sejak 2016 oleh kerana ekosistemnya dan lanskap pemandangan yang sangat unik.

Sebelum pergi ke tarikan, jalan untuk sampai ke tempat ini adalah seperti gambar di atas. Di sini boleh dilalui dengan menggunakan motosikal mahupun kereta.

Namun, ramai travelers menasihatkan untuk menunggang motosikal untuk naik ke sini oleh kerana dapat menikmati pemandangan serta merasai angin yang segar.

Tempat yang menjadi tarikan di sini adalah Lieng Nung Waterfall. Ia merupakan tempat yang wajib disinggah apabila anda datang ke Ta Dung. Perjalanan untuk sampai ke kawasan ini juga agak mencabar dan anda perlu berhati hati.

Tempat seterusnya adalah Ta Dung Lake. Tasik di sini jika dilihat dari pemandangan atas seolah olah seperti pulau pulau kecil yang terletak bersebelahan antara satu sama lain. Cantik kan pemandangan dari kawasan tasik ini?

Jika anda seorang yang sukakan alam semulajadi, Ta Dung merupakan tempat yang sangat unik dan menarik untuk dikunjungi. Ramai yang memberi review bahawa, setelah datang ke Ta Dung, mereka sangat terpegun dengan keunikan yang terdapat di sini.

sumber gambar: Attractions in Ta Dung