
Pandemik Covid19 yang tersebar di seluruh dunia merencatkan pertumbuhan ekonomi dalam sektor pelancongan di sesebuah negara.
Mujur dalam tempoh setahun pandemik ini melanda negara akhirnya para saintis menemui vaksin untuk mengekang wabak ini daripada terus menular.
Oleh itu Triphackerz berkongsi senarai negara yang boleh anda lawati selepas pengambilan dua dos vaksin Covid 19:
- Cyprus

Bermula pada 1 Mac 2021, pelancong yang tiba di negara ini tidak perlu lagi mengemukakan keputusan ujian pengesanan Covid19. Sebaliknya, pelancong hanya perlu mempamerkan bukti telah divaksin. Sungguhpun demikian, kelonggaran ini masih tertakluk kepada pelancongan dari negara dikategorikan sebagai hijau.
2. Estonia

Untuk berkunjung ke negara ini anda perlu mempunyai maklumat lengkap vaksinasi termasuk jenis vaksin yang diambil. Maklumat sijil berkenaan terdiri daripada lokasi pengambilan vaksin, pengeluar, nombor siri. Sijil yang diterima hanya dalam bahasa Estonia, Russia dan bahasa Inggeris.
- Georgia

Bermula 1 Februari 2021, pelancongan dari seluruh negara dibenarkan untuk bercuti di negara ini tanpa melalui sebarang proses kuarintin. Dengan syarat, pelancong dapat membuktikan mereka sihat dan mendapatkan vaksinasi lengkap Covid19.
- Iceland

Malangnya bagi mereka yang mahu melawat Iceland, kelonggaran syarat di pintu sempadan hanya dapat dinikmati oleh negara dalam Kawasan Ekonomi Eropah (EEA) dan Switzerland sahaja. Namun, mereka masih perlu melampirkan bukti telah divaksin, jenis, tarikh menerima vaksin dan pengeluar vaksin berkenaan.
- Poland

Poland pula mewajibkan setiap pengunjung ke pintu sempadan untuk kuarintin selama 10 hari. Namun jika anda mampu menunjukkan bukti telah divaksinasi, anda dikecualikan daripada kuarintin. Sekiranya masih belum mendapatkan vaksin, anda perlu melampirkan bukti bebas Covid19 dalam tempoh 48 jam sebelum tiba di Poland.
Sumber Verst