
Sekitar awal tahun 2020, dunia dilanda bencana wabak Covid-19 yang mengakibatkan aktiviti pelancongan tersekat yang sehingga ke hari ini masih tiada noktah.
Oleh itu, buat sementara waktu ini mari kita kumpulkan tempat-tempat yang menarik untuk anda kunjungi nanti setelah pintu sempadan semua negara dibuka.
Anda seorang traveler yang sukakan pengembaraan yang lasak ? Jom kita lihat satu tempat ini yang terletak di Scotland iaitu Isle of Skye. Apa yang menarik di sini?

Isle of Skye ini merupakan sebuah kepulauan yang terletak jauh di utara Scotland. Isle of Skye ini menjadi tempat yang tumpuan utama pelancongan di Scotland dan diberi gelaran “Crown Jewel of Scotland”.


Antara kelebihan untuk travel di sini adalah ia dipenuhi dengan gunung ganang, air terjun dan pelbagai lagi. Ditambah pula dengan setiap sudut pemandangan di sini sangat cantik dan amat sukar untuk dilupakan.
Di sini juga anda bakal menemui istana istana peninggalan yang lama dan bangunan tersebut masih dikekalkan keasliannya sehingga ke hari ini.
Untuk trip ke sini, sangat sesuai untuk mereka yang ingin meneroka alam semulajadi dan ketenangan dalam melihat negara orang.

Walaupun ia tidak dilengkapi dengan pelbagai bangunan yang ada di bandar, keunikan alam semulajadi dan juga peninggalan sejarah dari zaman dahulu menambahkan lagi perasa dalam kecantikan pulau ini.
Selain itu, Isle of Skye ini juga merupakan tempat yang sesuai untuk para pengembara yang suka aktiviti “hiking” dan juga bercuti dalam santai. Lagi menarik, jika anda penggemar untuk berkhemah. Semua tempat di sini sangat sesuai untuk aktiviti tersebut.

Percutian ke Isle of Skye ini bakal membuka lagi minda dan pandangan anda di mana masih ada lagi peninggalan tempat semulajadi yang indah. Ketenangan serta hirupan udara yang segar di sini membuatkan tempat ini menjadi bualan orang ramai.
Anda boleh kunjungi www.isleofskye.com/ untuk mengetahui maklumat lebih lanjut.
Dah mula kumpul duit dari sekarang jika anda ingin datang ke Isle of Skye, Scotland ini!
sumber gambar: twitter IsskndarAriffin