
Bila kita cakap tentang ‘travel’, mesti setiap orang ada ciri-ciri masing-masing kan? Jadi di sini saya ingin senaraikan ciri-ciri ‘traveler’ yang mungkin ada dalam diri anda.
‘Historian’

Jika anda seorang yang suka meneroka tempat-tempat bersejarah, bangunan lama serta melihat rumah ibadat yang lama, maka anda merupakan seorang ‘historian traveler’. Orang yang macam ni kalau plan nak travel mesti akan buat ‘research’ dulu lebih mendalam tentang sesuatu tempat tu. Apabila dia sudah jumpa apa yang menarik dan unik yang membuatkan dia ingin tahu tentang tempat tersebut, barulah dia akan buat keputusan untuk pergi ke tempat itu.
‘Food Lover’

Ada orang yang jenis tak habis-habis nak cuba makanan baru di tempat itu kerana keinginannya untuk menikmati makanan di tempat tersebut sama ada menarik atau tidak. Perasaan ingin tahu terhadap apakah jenis makanan di tempat itu, merupakan objektifnya untuk travel ke tempat tersebut selain daripada pergi ke tempat tersebut. Boleh dikatakan orang seperti ini akan lebih cenderung untuk menyenaraikan tempat makan dahulu daripada tempat yang ingin dia pergi.
‘Nature Traveler’

Orang yang tidak dapat dipisahkan dengan alam semulajadi. Traveler jenis ini akan suka untuk pergi ke tempat yang jenis hutan, banyak tumbuh-tumbuhan, laut dan pantai. Secara ringkasnya traveler dalam kategori ini banyak yang jenis ‘backpacker’ kerana mereka cuma ingin menikmati tempat yang dituju berbanding bajet atau penampilan mereka. Kalau anda berada dalam kategori ini, anda mungkin seorang yang senang untuk travel sebab anda tidak terlalu memilih dan sngat terbuka.
‘Travel with Style’

Ini antara yang paling menarik. Orang yang berada dalam kategori ini kebanyakannya orang yang kaya. Mereka akan memilih tempat yang agak ‘fancy’ seperti tinggal di hotel, makan di restoran dan melawat tempat yang menjadi tumpuan ramai. Kelebihan orang yang dalam kategori ini lebih kepada keselesaan apabila travel dan kepuasaan diri.
Jadi, itulah serba sedikit kategori untuk traveler yang mungkin anda boleh nilaikan dalam diri anda. Anda rasa anda dalam kategori yang mana?