Home MALAYSIA HOTEL & RESORT AMI Suites Pertaruh Elemen Elektik, Bertapak Kala Pandemik

AMI Suites Pertaruh Elemen Elektik, Bertapak Kala Pandemik

364

Dambakan sebuah penginapan di pinggir kota metropolitan Kuala Lumpur, AMI Suites mungkin lokasi penginapan paling strategik untuk anda semua.

Berkonsepkan hotel butik yang terletak di Mont Kiara hotel yang baharu bertapak ini mempertaruhkan elemen elektik sebagai hiasan dalam hotel berkenaan.

Apa itu elemen elektik? Anda perlu nilai sendiri. Berdasarkan pengamatan konsep ini merupakan rujukan kepada hotel untuk menghasilkan kelainan dan suasana yang unik kepada pengunjung.

Warna seperti biru pekat, kelabu dan krim adalah pilihan palet majoriti yang diwarnakan dengan rapi pada setiap sudut.

Penggantuan hiasan dengan elemen ala-ala aerodinamik dan instalasi banyak dijumpai dalam hotel ini. Adakalanya ia membuatkan pengunjung seakan berada di dimensi yang berlainan.

Usai lokasinya pula AMI Suites boleh dikategorikan sebagai strategik dan mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Terletak di kawasan pinggiran bandar Kuala Lumpur merupakan kelebihan untuk hotel ini menawarkan pemandangan menarik dari ruang jendela hotel mereka.

Dari jauh anda mampu melihat kepesatan kota metropolitan Kuala Lumpur bersama kemegahan Menara KL dan Menara Berkembar Petronas.

Manakala daripada satu sudut yang lain pula anda masih boleh menikmati saujana mata memandang kehijauan alam di sekitar Mont Kiara.

Bagaimanapun, AMI Suites ini akan memulakan operasi pada 1 Mac ini.

Adakah ia mampu berkembang ketika pandemik?

Sumber: AMI Suites