
Anda ingin staycation untuk hilangkan stress pada hujung minggu tetapi tak tahu nak pergi mana? Anda boleh datang ke suatu tempat yang terletak di Ipoh ini.
Tempat yang dimaksudkan itu adalah Sementra Nature Resort. Resort ini terletak di Kampung Ulu Geroh, Ipoh.


Antara highlight yang menarik di sini adalah konsep penginapan bertemakan alam semulajadi. Resort ini dikelilingi oleh tumbuhan hijau. Apabila tiba waktu pagi mesti best sebab segar dan nyaman.
Tambahan lagi, kawasan penginapan di sini dibina mengelilingi tasik. Jadi anda boleh menginap sambil menikmati pemandangan tasik yang indah.


Chalet di sini terbahagi kepada 3 jenis iaitu Larva, Puupa dan Mekar. Jadi anda boleh pilih mengikut citarasa yang anda inginkan.
Setiap chalet juga sangat unik jika dilihat pada dekorasi dalamannya. Tilam yang empuk, ditambah lagi dengan pemandangan yang cantik membuatkan percutian anda lebih meriah.
Walaupun tempat ini terletak agak jauh dari bandar, tetapi sangat sesuai oleh kerana ia berkonsepkan alam semulajadi. Sangat digalakkan untuk mereka yang ingin escape dari kesesakan bandar untuk seketika.
Anda boleh melawat facebook rasmi mereka Facebook Sementra Nature Resort ataupun terus ke laman sesawang rasmi mereka Sementra Nature Resort untuk menempah terus penginapan anda.
sumber gambar: Places Malaysia