
Di Malaysia terdapat banyak pilihan taman tema air yang menarik dan menyeronokkan. Untuk anda yang masih merancang dan masih belum menemui keputusan, jadi jom sama kita lihat 6 pilihan taman tema air yang terbaik yang dapat anda pilih untuk bercuti bersama keluarga mahupun yang tersayang.
The Carnival Water Park, Sungai Petani

The Carnival adalah taman tema air yang agak kecil dan sangat sesuai untuk keluarga. Di sini juga tidaklah terlalu sesak. Jika anda inginkan suasana yang chill, The Carnival adalah pilihan yang terbaik.
Wet World Shah Alam

Wet World Shah Alam adalah taman tema air yang betul betul terletak di tengah bandaraya Shah Alam. Terdapat pelbagai pilihan tarikan yang terdapat di sini seperti Super Hurrican, Monsoon Buster, Thunder River dan pelbagai lagi.
Melaka Wonderland Theme Park & Resort, Melaka

Melaka Wonderland merupakan taman tema air yang agak luas. Ia terletak di Ayer Keroh. Turut menjadi salah satu tarikan utama pelancong yang datang ke sini. Antara permainan yang terdapat di sini adalah Tornado Chaser, Kamikaze Racer dan pelbagai lagi.
Gold Coast Morib Water Theme Park, Banting

Gold Coast Morib Water Theme Park ini terletak di Banting dan jika anda memandu dari Kuala Lumpur, ianya cuma mengambil masa selama 1 jam 30 minit sahaja. Walaupun ianya kelihatan agak kecil tetapi ia sangat sesuai untuk aktiviti keluarga tetapi permainan di sini juga agak terhad.
Waterworld @ I-City

Jika anda ingin mencari short escape di sekitar Selangor atau Kuala Lumpur, Waterworld @I-City merupakan pilihan yang terbaik. Ia cuma 30 minit sahaja dari Kuala Lumpur. Lokasinya yang terletak di Shah Alam dan senang untuk dijumpai. Tempat ini juga agak luas dan banyak aktiviti permainan yang dapat dimainkan.
Sunway Lagoon, Subang

Sunway Lagoon merupakan taman tema air yang paling mewah di Malaysia. Sudah pasti jika anda ingin menghabiskan di sini, sehari tidak mencukupi. Sekurang kurangnya mengambil masa sebanyak dua hari itu pun belum tentu dapat habiskan semua.
Jadi, bagi anda taman tema air yang manakah menjadi pujaan hati ataupun yang manakah yang anda ingin pergi? Nanti bolehlah rancang dengan rakan-rakan untuk datang bermandi manda di taman tema air yang disebutkan itu.