Home LAIN-LAIN TRAVEL TIPS 5 Tip Travel Solo Yang Perlu Anda Tahu!

5 Tip Travel Solo Yang Perlu Anda Tahu!

809

Melancong secara bersendirian tanpa ditemani oleh sesiapa sememangnya membuka luas minda dan pandangan anda mengenai dunia.

Ramai yang mengatakan ‘travel solo’ adalah salah satu cara anda untuk refleksi diri dan bersyukur serta lebih menghargai kurniaan Allah.

Anda mahu melancong secara bersendirian? Kami sediakan 5 tips untuk anda ikuti:

#1 Buat perancangan rapi

Semestinya anda harus merancang terlebih dahulu jika mahu melancong secara solo! Buat kajian mengenai tempat yang anda ingin lawati dan haruslah bersikap lebih terbuka kerana mungkin budaya dan adat mereka tidak sama dengan tempat anda.

#2 Simpan duit di tempat selamat

Anda harus ingat yang anda berseorangan! Simpan duit dan barang berharga di tempat yang selamat dan anda haruslah mempunyai wang kecemasan untuk digunakan jika berada dalam situasi terbabit!

#3 Jangan bawa banyak barang!

Ha, nak melancong solo ni, janganlah bawa satu almari dalam bagasi anda. Gunakan pendekatan minimalis dan bercuti secara ringkas sahaja! Tapi, anda haruslah membawa tripod atau selfie stick, senang nak ambil gambar sendiri nanti!

#4 Buat kawan dengan pelancong lain

Jika anda berjalan berseorangan di destinasi percutian, pastinya ada kumpulan pelancong juga yang berada di sana. Jadi, jalinkan persahabatan baru dengan mereka dan anda boleh sama-sama mempelajari destinasi tersebut dengan kawan baru!

#5 Rileks!

Anda haruslah bersikap lebih terbuka dan harus sentiasa rileks dalam setiap perkara yang anda lakukan ketika melancong. Elak untuk melakukan perkara yang bakal merosakkan mood sendiri dan sentiasa bersedia untuk melangkah keluar dari zon selesa jika anda melancong seorang diri!