Home MALAYSIA 5 Tempat Menarik di Terengganu Yang Anda Boleh Pergi

5 Tempat Menarik di Terengganu Yang Anda Boleh Pergi

503
0

Terengganu sudah terkenal dengan sektor pelancongan yang tersendiri di mana anda dapat lihat banyak lokasi atau destinasi yang sudah menempa nama dalam industri pelancongan.

Tak lupa juga makanannya yang sangat sedap dan menarik. Satu makanan yang menjadi ‘highlight’ apabila datang ke Terengganu adalah keropok lekor. Rata-rata semua orang anda membawa pulang sekurang-kurangnya satu set keropok lekor apabila bercuti di Terengganu.

Jadi di sini jom kita tengok 5 tempat menarik yang anda boleh pergi apabila anda datang ke Terengganu.

Pasar Payang

sumber: maisnggah.com

Pasar Payang yang sudah menjadi ‘legend’ di Terengganu. Di sini menempatkan sejumlah 1000 peniaga yang menjual pelbagai jenis barangan. Dari barang basah, kering dan pakaian serta pelbagai lagi anda boleh dapatkan di sini. Selain terkenal dengan barang yang dijual di sini juga, ia juga terletak di lokasi yang strategik di mana disekitarnya terdapat Bazar Warisan, Pulau Warisan dan juga Dataran Shahbandar.

Sungai Yah Yah

sumber: maisinggah.com

Terdapat beberapa aktiviti yang boleh dilakukan di sini iaitu melihat kelip-kelip di sepanjang sungai dan juga river cruise. Aktiviti meihat kelip-kelip dapat dilakukan pada waktu malam iaitu pada jam 8 malam hingga 10 malam. Suatu suasana yang menarik di mana disebalik malam gelap terdapat sinar kelip-kelip yang cantik serta menawan.

Pantai Batu Buruk

sumber: maisinggah.com

Pantai Batu Buruk sudah tidak asing lagi di Terengganu. Di sini anda dapat rehat dan santai sambil menikmati angin segar pantai. Di sini juga anda boleh bermain layang-layang bersama keluarga. Selain dari itu, di sepanjang pantai tersebut juga terdapat gerai jualan yang anda boleh membeli sebagai kudapan sewaktu bersantai di situ.

Kampung Losong

sumber: maisinggah.com

Kampung Losong ini terletak lebih kurang 10 minit sahaja dari Bandar Kuala Terengganu. Losong yang cukup terkenal di Terengganu serta menjadi tumpuan utama para pelancong yang datang ke sini. Jangan lupa untuk bawa pulang bersama jika anda datang ke Terengganu.

Pusat Santuari Penyu Rantau Abang

sumber: maisinggah.com

Rantau Abang sudah menjadi lokasi habitat penyu yang sudah dikenali seluruh dunia. Di sini anda juga dapat lihat pelbagai jenis spesis penyu. Tambahan lagi anda juga bukan sahaja dapat melihat, malah anda dapat melakukan aktiviti melepaskan penyu ke laut. Menarik bukan? Anda boleh mengambil peluang ini untuk menikmati pengalaman bersama penyu.

Ini antara serba sedikit tempat-tempat menarik yang ada di Terengganu. Jadi anda rasa tempat mana lagi yang patut ditambah sebagai tempat yang wajib dikunjungi apabila datang ke Terengganu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here