Home ASIA TURKEY 5 Tempat Menarik Yang Anda Boleh Kunjungi di Laut Hitam (Black Sea),...

5 Tempat Menarik Yang Anda Boleh Kunjungi di Laut Hitam (Black Sea), Turki

2537
0

Black Sea ini merupakan kawasan yang agak terpencil dan mempunyai beberapa buah kampung dan juga terletak berdekatan dengan persisiran pantai. Walaupun kawasan ini bukan tumpuan utama pelancongan di Turki, tetapi ia mempunyai keunikan dan kecantikannya yang tersendiri. Jadi, jom tengok apa tempat yang menarik yang ada di sini.

Trabzon

Trabzon merupakan kawasannya terletak Hagia Sophia dan sudah pasti ramai yang mengenalinya. Alang-alang datang ke kawasan persisiran pantai ini anda boleh singgah ke salah satu kawasan yang menjadi tumpuan pelancong yang ada di sini.

Sumela Monastery

Tempat yang menjadi kegilaan pelancong luar apabila berada di Black Sea ini adalah Sumela Monastery. Tempat ini terletak 70 kilometer arah selatan Trabzon. Di sini anda dapat melihat gereja yang menunjukkan sejarah asalnya tempat ini pada masa lalu.

Rize

Rize, tempat di mana para penggemar teh segar dapatkan teh mereka di sini. Kawasana ini dikelilingi oleh ladang teh dan anda turut dapat mengunjungi kawasan teh ini seperti anda datang ke Cameron Highland kalau di Malaysia.

Amasra

Amasra adalah sebulan bandar pelabuhan yang menjadi kegilaan para juru gambar. Oleh kerana, keunikan bangunan yang ada di sini ditambah pula dengan pemandangan laut yang cantik, ia membuatkan gambar yang bakal ditangkap di sini menjadi sesuatu yang unik dan cantik.

Ordu

Tempat yang terakhir adalah Ordu, di mana anda dapat meluangkan masa anda dengan merasai kenikmatan berada di pantai yang indah dan sangat berdekatan dengan laut.

sumber: Top Attractions in Turkey

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here