Home MALAYSIA 4 Tempat Warisan Menarik Yang Wajib Dikunjungi Di Selangor

4 Tempat Warisan Menarik Yang Wajib Dikunjungi Di Selangor

1970
0

Seperti yang kita sedia maklum, bulan Ogos dan September merupakan bulan yang bermakna untuk Malaysia oleh kerana kita merdeka pada bulan Ogos dan menyambut hari Malaysia pada bulan September.

Jadi untuk menghargai hasil perjuangan para pejuang negara dan juga keunikan bangunan klasik, jom kita lihat tempat-tempat warisan yang boleh dikunjungi di sekitar Selangor.

Istana Bandar Jugra, Kuala Langat.

sumber: thenetworkss.com

Istana ini sudah menjadi Pusat Pemerintahan Kerajaan negeri Selangor yang sudah menjangkau lebih 100 tahun. Struktur binaan istana ini terdiri daripada hasil gabungan batu bata dan kapur manakala kayu cengal digunakan untuk mebuat pintu dan tangga. Kini bangunan ini dijadikan pusat Pusat Galeri Diraja dan juga Pusat Pengajian Islam oleh Jabatan Agama Islam Selangor.

Bandar Kajang, Hulu Langat.

sumber: thenetworkss.com

Pada tahun 1709, Kajang dijadikan penempatan bagi suku kaum Temuan. Berhampiran dengan Sungai Langat, Bandar Kajang ini telah membangun dengan jayanya. Sungai Langat sangat penting kerana ia laluan utama dagangan dan pengangkutan hasil lombong bijih timah dan getah ke luar negara seperti ke negara Britain. Selain itu, Kajang juga terkenal dengan makanan Satay Kajang yang digemari oleh kebanyakan rakyat Malaysia.

Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor

sumber: thenetworkss.com

Kuala Kubu Bharu asalnya dikenali sebagai Kuala Kubu yang ditempatkan di bawah Pentadbiran Residen-Residen British antara yang terawal iaitu Presiden Frank Swettenham bersama J.P Rodger dan Edward Maxwell. Kuala Kubu menjadi pintu masuk ke Negeri Pahang ketika itu. Disebabkan banjir besar yang melanda, pihak British telah memindahkan Pusat Pentadbiran mereka ke Kuala Kubu Bharu pada 6 Mei 1931. Kuala Kubu juga pernah menjadi pintu utama bagi menghantar bekalan kepada pasukan Inggeris bagi menundukkan pemberontak.

Kota Raja Mahadi, Klang

sumber: thenetworkss.com

Terletak tidak jauh dari bangunan Majlis Perbandaran Klang, Kota Raja Mahadi ini dibina oleh Raja Mahadi bin Raja Sulaiman ketika kemuncak peperangan Klang iaitu pada tahun 1866. Peperangan Klang berlaku akibat perebutan kuasa untuk memerintah Daerah Klang antara Raja Mahadi dan Raja Abdullah. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh perubahan masa dan zaman, struktur bangunan yang tidak kukuh hanya meninggalkan pintu gerbang yang mana menjadi mercu tanda kekuatan empayar Raja Mahadi. Pengunjung boleh singgah di Kota Raja Mahadi ini berdekatan dengan Bangunan Sultan Alam Shah untuk bergambar dan melihat tinggalan pintu bersejarah ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here