
Thailand terkenal dengan pelbagai keunikan yang sangat memukau. Rata-rata pelancong yang datang ke Thailand pasti akan berasa ingin mengulanginya.
Jadi, untuk post kali ini ingin saya ceritakan tentang 3 pantai di Thailand yang bakal memberikan perfect sun-kissed kepada anda.
- Maya Bay, Krabi.

Pantai ini terkenal oleh kerana pernah ditempatkan di dalam movie yang dilakonkan oleh Leonardo Dicaprio. Dengan keunikan pantainya juga, ia berjaya menarik ramai pelancong untuk datang ke sini.
2. Railay, Krabi.

Pantai yang menjadi kesukaan para ‘rock climber‘, mempunyai batu kapur yang sangat unik dan ditambah lagi mempunyai tempat kegemaran untuk orang melakukan aktiviti yang lasak.
3. Pantai Chaweng, Koh Samui.

Pantai yang mempunyai panjang kira-kira 7 kilometer ini, telah menjadikan ia sebagai pantai yang terpanjang di Thailand. Di sini juga turut menjadi tempat kegemaran para penyelam. Malah ramai pengunjung muda dan backpackers selalu memilih pantai ini untuk mengadakan sambutan.
Terdapat banyak lagi pantai yang unik dan cantik di Thailand. Setiap pantai mempunyai keunikan dan kepelbagaian yang tersendiri. Jadi pantai manakah yang menjadi idaman anda apabila menjejakkan kaki di Thailand?
sumber gambar: Holidify