Home MAKAN-MAKAN Jom Coffee Date di ‘Kopi Kisah Kita’ di Kajang!

Jom Coffee Date di ‘Kopi Kisah Kita’ di Kajang!

614
0
sumber: Jomkitamy

Dah ada plan nak datang ke Kajang tak? Kalau ada, jangan lupa ajak kekasih anda sekali untuk datang ke Kopi Kisah Kita yang terletak di Metropoint Point, Kajang.

Sebelum itu, jika anda ingin datang ke sini, anda boleh menaiki MRT dan turun di stesen Kajang. Kemudian anda boleh menaiki Grab untuk pergi ke Metropoint oleh kerana jaraknya agak jauh.

Ada apa dengan kedai ini? Para penggemar kopi mesti suka dan takkan lepaskan peluang untuk menikmati kopi premium yang sedap dan lazat di sini.

sumber: Jomkitamy

Banyak pelanggan memberikan maklum balas yang baik mengenai kopi mereka. Apa yang membuatkan ia lebih menarik, adalah nama kopi yang diletakkan di menu juga sangat menghiburkan.

Setiap nama kopi yang diletakkan itu menggambarkan rasa kopi tersebut malah ia juga mengaitkan dengan perasaan. Kebanyakkan adalah berkenaan dengan cinta. Baru lah pelanggan tersengih sengih nak pilih air di kaunter.

sumber: redchili21.my

Menarik kan nama yang dicipta oleh mereka. Semua nama walaupun ‘cringe’ tapi yang penting kopinya memang sedap.

Anda juga boleh dapatkan kopi ini di foodpanda. Tetapi untuk orang yang berada di luar kawasan Kajang, anda harus datang ke sini dan nikmati sendiri kopi di sini. Dijamin anda tidak akan menyesal.

Apa tunggu lagi, jom ajak kawan-kawan datang ke sini. Ataupun bawa kekasih anda datang, boleh ‘coffee date’ sesama kan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here