Home HOTEL & RESORT Nak Cari Staycation Gempak yang Dekat Dengan KL? Jom Singgah ke Eighty...

Nak Cari Staycation Gempak yang Dekat Dengan KL? Jom Singgah ke Eighty Seven Sunrise Tanarimba!

1037
0

Apabila tiba waktu hujung minggu, mesti kita ada buat perancangan untuk lepak bersama rakan-rakan mahupun orang yang tersayang. Kadang ada antara kita yang merancang untuk mengadakan staycation bersama mereka.

Jadi untuk anda yang masih mencari tempat staycation dan dekat dengan Kuala Lumpur, anda boleh datang ke Eighty Seven Sunrise Tanarimba.

Jarak untuk datang ke sini cuma 45 minit sahaja. Banglo yang luas dan mewah ini terletak di Janda Baik, Bentong Pahang. Dengar macam jauh kan hakikatnya tidak.

Banglo ini terletak di kawasan bukit. Jadi bagi mereka yang suka suasana sejuk dan tenteram, anda boleh cepat cepat datang ke sini.

sumber: twitter Jomkitamy
sumber: twitter Jomkitamy

Banglo yang luas dan tersergam indam ini dilengkapi dengan ‘infinity pool’. Wow bestnya dapat mandi di sini sambil menunggu waktu matahari jatuh. Tidak dapat dinafikan lagi pemandangan di sini sangatlah cantik.

Tambahan lagi, banglo ini dapat memuatkan seramai 16 orang pengunjung. Boleh lah rancang bersama rakan baik anda boleh datang ke sini. Apabila datang dengan rakan baik, boleh buat pelbagai aktiviti di sini.

Antara sebab lain untuk anda datang ke sini adalah anda dapat menghilangkan stress dan kesesakan bandar buat seketika. Selain itu, anda boleh juga menenangkan jiwa dari kesibukan tempat kerja dan permasalahan seharian.

sumber: twitter Jomkitamy

Banglo ini dilengkapi dengan sofa yang sedap di duduk serta tempat makan yang sangat lengkap. Bagi anda yang gemar berkongsi foto di laman sosial, destinasi ini bakal membuatkan anda gembira kerana setiap sudutnya adalah sangat ‘insta-worthy’.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh melawat ke facebook mereka dengan menaip di ruang carian ‘Eighty Seven Sunrise Tanarimba.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here