Home MAKAN-MAKAN Black Ink Kuala Lumpur Port Ngopi Baru Yang Korang Wajib Datang!

Black Ink Kuala Lumpur Port Ngopi Baru Yang Korang Wajib Datang!

995
0
sumber: twitter Jomkitamy

Untuk anda yang kaki lepak sambil ngopi, untuk post kali ini sangat best untuk anda. Terdapat satu port lepak atau lebih spesifik, port ngopi yang wajib anda pergi. Nama port tersebut adalah Black Ink.

Black Ink ini terletak di Jalan Liew Weng Chee, Off Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur. Waktu operasinya pula bermula dari jam 9 pagi hingga petang(Isnin-Jumaat) manakala pada hari Sabtu pula mereka beroperasi bermula jam 10 pagi hingga 6 petang.

Jadi jangan datang waktu malam pula ya nanti tak pasal pulak rugi masa nak kena fikir makan tempat lain pulak. Apa yang anda boleh dapat di sini?

Selain daripada menyediakan pilihan kopi ‘signature’ mereka yang enak, anda juga boleh menikmati pelbagai pilihan roti serta kek yang sangat lazat. Anda boleh mendapatkan pilihan set ‘lunch bento’ yang sangat sedap di sini!

sumber: twitter Jomkitamy

Kek yang menjadi tumpuan serta ‘highlight’ di sini adalah Burnt Cheesecake, Red Velvet dan Carrot Cake. Ramai pelanggan memberi maklum balas yang baik setelah menikmati kek tersebut.

Tambahan lagi, dari segi kopinya pula, anda pasti tidak akan menyesal setelah menikmati kopi di sini. Anda boleh cuba Volcano, di mana anda boleh lihat limpahan kopi yang seolah-olah lava dan pastinya lazat dan enak.

sumber: twitter Jomkitamy

Lagi satu, sini juga boleh jadi port baru ‘insta-worthy’. Jadi sambil lepak di sini boleh lah tangkap dan kongsikan di sosial media anda.

Jadi untuk anda yang tengah plan dan tak tahu nak lepak mana, jom datang ke sini dan ‘ngopi’ sambil menikmati kek yang sedap di sini bersama rakan anda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here