Home MALAYSIA Best ni Kalau Bawak Ahli Keluarga Datang Jalan-Jalan di 99 Wonderland Park!

Best ni Kalau Bawak Ahli Keluarga Datang Jalan-Jalan di 99 Wonderland Park!

993
0
sumber: twitter JalanCutiSantai

Di hari minggu, untuk orang yang berkeluarga mestilah akan merancang untuk keluar bersiar-siar. Walaupun sekejap, janji dapat luangkan masa bersama keluarga. Begitu juga dengan warga bujang, mesti ada punya lah merancang untuk keluar lepak di mana-mana kan?

Jadi untuk mereka yang masih merancang tu, anda boleh masukkan tempat ini dalam ‘list’ anda. Tempat yang dimaksudkan ini adalah 99 Wonderland Park. Wahh dengar nama macam kat ‘oversea’ je

Rupa-rupanya tempat ini cuma terletak di Pusat Bandar Utara Selayang, Baru Caves. Waktu beroperasinya pula bermula dari jam 10 pagi hingga 1 pagi. Ingatkan jauh tadi, dekat ja rupanya bagi mereka yang tinggal di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

sumber: twitter JalanCutiSantai

Apa yang menarik di sini? Tempat ini juga merupakan tempat taman hidupan liar. Di sini anda dapat lihat pelbagai hidupan liar seperti buaya, tapir, pelbagai jenis burung, ‘malayan sun bear’, rusa, unta dan pelbagai jenis haiwan lagi.

sumber: twitter JalanCutiSantai

Selain dari itu, untuk mengekalkan lagi kunjungan dari orang ramai, mereka turut menambah lagi tarikan. Antara penambahan yang dilakukan adalah ‘T-rex ring’, ‘Magical Bridge’, ‘Boardwalk’, ‘Golden’ Waterfall’ dan pelbagai lagi.

sumber: twitter JalanCutiSantai

Anda dinasihatkan untuk datang pada waktu malam supaya anda dapat melihat lampu warna-warni yang sangat dan pasti bakal menambat hati anak-anak kecil anda.

Untuk mendapatkan info lanjut, anda boleh layari laman sesawang mereka iaitu www.99wonderlandpark.com.my

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here