Home MALAYSIA Boleh Tempah Alunan Resort Kalau Datang ke Pulau Perhentian!

Boleh Tempah Alunan Resort Kalau Datang ke Pulau Perhentian!

342
0

Pulau Perhentian terletak di Terengganu dan ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu Perhentian Kecil dan Perhentian Besar. Tetapi kedua-duanya tetap menjadi tumpuan utama para pelancong yang datang ke Terengganu.

Terdapat satu resort yang sangat indah dan terletak di Perhentian Kecil iaitu Alunan Resort. Di sini, anda akan merasakan lebih privasi berbanding berada di Perhentian Besar.

Jika anda ingin meneroka sisi berbeza Pulau Perhentian, anda wajib menjadikan Alunan Resort sebagai destinasi pilihan untuk menginap dan menenangkan fikiran.

sumber: twitter IsskndarAriffin

Di sini, anda akan lebih berasa dekat dengan laut oleh kerana kedudukannya hanya bersebelahan dengan pantai dan dengan hanya jarak 50 meter sahaja. Anda dapat bersiar-siar dan menikmati keindahan pulau dengan lebih dekat jika anda memilih untuk berada di Alunan Resort.

sumber: twitter IsskndarAriffin

Alunan Resort menawarkan 18 bilik yang sangat selesa dan luas untuk anda menginap ketika anda berada di pulau ini. ‘Double Storey Suites’ yang direka dengan dekorasi moden yang menarik untuk mereka yang gemarkan berkongsi foto di laman sosial.

sumber: twitter IsskndarAriffin

Apa yang lagi menariknya di sini adalah resort ini berada di atas bukit. Jadi, secara tak langsung anda dapat menikmati pemandangan yang ‘extra’ cantik dari bilik anda. Boleh lah kongsikan di media sosial anda nanti.

Jangan lupa untuk singgah ke laman sesawang mereka; www.alunanresort.com untuk mengetahui maklumat lebih lanjut. Selamat bercuti!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here