Home MAKAN-MAKAN Jom Makan Lauk Kenduri yang Sedap di Dapoq Schombi, Shah Alam

Jom Makan Lauk Kenduri yang Sedap di Dapoq Schombi, Shah Alam

498
0

Dalam banyak-banyak makanan, mesti ada antara kita yang teringin nak makan lauk kenduri. Kalau boleh nak makan lauk tu hari-hari. ‘Vibe’ lauk kenduri ni lain macam sikit. Jadi ada ke tempat makan lauk kenduri yang sedap ?

Terdapat satu kedai yang terletak di Ken Rimba, Shah Alam iaitu Dapoq Schombi. Waktu operasi kedai ini bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Nak tahu menu kenduri apa yang disajikan di sini?

sumber: facebook Dapoq Schombi

Di sini anda bakal disajikan dengan nasi tomato, dalca, daging masak hitam, ayam ros, ayam bawang, jelatah, sayur kobis dan beberapa lagi menu menarik. Menu yang ditulis di atas merupakan menu ‘signature’ yang sering kita jamah di mana-mana kenduri yang kita pergi.

sumber: facebook Dapoq Schombi

Anda boleh memilih menu ini sama ada berasingan ataupun set. Mereka turut membuat set kenduri yang berharga RM 60 di mana anda boleh dapat set 5 lauk mengikut pilihan anda sendiri. Hidangan untuk set ini sesuai untuk 3-4 orang. Jadi anda boleh merancang untuk datang bersama rakan-rakan mahupun kelurga.

Apa yang membuatkan kedai ini lagi menarik ialah Dato’ Siti Nurhaliza pon datang makan sini. Kalau dah Dato’ Siti pun makan di sini, mestilah makanan di sini istimewa dan mempunyai daya tarikannya yang tersendiri.

sumber: facebook Dapoq Schombi
sumber: facebook Dapoq Schombi

Tambahan lagi, di waktu matahari panas terik, di sini juga anda boleh dapatkan Cendol serta Sirap Selasih yang menjadi minuman tarikan di sini. Boleh lah datang untuk keringkan tekak anda sambil menikmati makanan kenduri yang sedap ini!

Jangan lupa jika anda sudah berada di sekitar Shah Alam tu, boleh terus datang ke sini untuk menikmati dan hilangkan ‘craving’ nak lauk kenduri tu! Lagi satu anda boleh juga membuat tempahan dengan mereka. Untuk maklumat lebih lanjut boleh kunjungi facebook Dapoq Schombi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here