Home MAKAN-MAKAN Nak rasa ‘Vibe Oldskool’ di Melaka? Jom singgah di Tuju Cafe

Nak rasa ‘Vibe Oldskool’ di Melaka? Jom singgah di Tuju Cafe

549
0
sumber: gramho.com

Pada masa kini, ramai yang tercari-cari cafe yang orang cakap ikut trend supaya kena dengan selera masa kini. Tetapi terbalik pula dengan cafe yang bakal anda baca sebentar nanti. Kafe yang dimaksudkan itu adalah Tuju Cafe. Ianya terletak di Lorong Jambatan, Kampung Jawa, Melaka

Tuju Cafe ini bukanlah cafe yang mengikuti trend yang terkini. Malah mereka mengetengahkan konsep ‘flashback’ iaitu ‘oldskool’ untuk menarik ramai pelanggan untuk datang ke sini. Yang menariknya konsep itu menjadi! Waktu beroperasinya bermula dari jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam.

Anda dapat lihat dari segi dekorasi dan susunan restorannya yang sangat klasik. Meja yang digunakan serta dekorasi dinding yang sangat menggamit memori. Ramai yang memberi komen yang menarik apabila datang ke sini.

Selain dari menikmati ‘coconut shake’ dan kuih keria apabila datang ke Melaka, anda juga boleh datang ke sini untuk menikmati suasana zaman dahulu yang sangat nostalgik.

sumber: facebook Kafe Tuju

Dari segi menunya pula, tidak kurang hebatnya. Makanan serta minuman yang dihidangkan bakal menambat hati anda. Antara ‘top selling’ menu yang tidak lekang dipesan oleh pelanggan adalah Padang Bowl. Mereka turut menyediakan pastry sebagai pencuci mulut jika anda tidak mahu makan makanan yang berat.

sumber: twitter Jomkitamy

Satu perkara yang membuatkan kafe ini tidak lekang dengan pelanggan adalah ia merupakan tempat yang sesuai untuk bergambar. Ramai yang datang ke sini sambil menikmati hidangan yang sedap, malah mereka turut bergambar untuk menambahkan lagi koleksi gambar yang menarik di ‘feed’ media sosial masing-masing.

Jadi jangan lupa singgah di Tuju Cafe apabila anda datang ke Melaka. Mana tahu anda boleh ‘throwback’ balik ke masa silam apabila anda datang ke sini dan jangan risau makanan di sini adalah halal okay.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here