Home MALAYSIA Port Tiptop untuk ‘Instaworthy’ di Sekitar Kuala Lumpur

Port Tiptop untuk ‘Instaworthy’ di Sekitar Kuala Lumpur

682
0

Kuala Lumpur banyak dengan tempat yang unik dan kadangkala tak terungkap berapa banyak tempat yang ada untuk kita kunjungi. Untuk anda yang suka bergambar, mari kita lihat tempat-tempat yang sesuai untuk anda menambahkan koleksi gambar untuk tontonan para ‘followers’ di instagram anda.

LINC KL

Tempat ini terletak di Jalan Tun Razak dan di sini anda dapat lihat lebih kurang 40,000 lipatan origami burung merpati dengan gabungan pelbagai warna. Cantik kan?

sumber: instagram dxn.cyrllvs

Sultan Abdul Samad

Untuk penggemar bangunan yang klasik, tempat ini sangat sesuai untuk anda. Warna yang dipamerkan di sini juga terdiri dari warna yang lembut dan sangat sesuai untuk photoshoot pada waktu siang. Bangunan ini merupakan bangunan yang sudah lama dan masih lagi mengekalkan keaslian ciri ciri bangunannya.

sumber: instagram snoopy_lam

Batu Caves

Nama Batu Caves ini tidak asing lagi bagi pengunjung tempatan mahupun luar negara. ‘Trademark’ tarikan di sini adalah tangga yang mempunyai pelbagai warna tersebut dan sudah ramai yang bergambar di sini. Di sini juga merupakan rumah ibadat bagi orang yang beragama Hindu.

sumber: instagram kejzaren

Changkat Street Art

Selain daripada berdekatan dengan Pavilion Bukit Bintang, Changkat juga terdapat ‘street art’ yang berjaya menarik minat ramai orang untuk kunjung ke sini. Di sini juga anda boleh lihat di semua tempat sekitar Changkat yang penuh dengan seni yang sangat cantik.

sumber: discoverkl.com

Thean Hou Temple

Salah satu kuil yang digemari para ‘photographer’ oleh kerana tona warna yang cantik di sini serta bangunan yang unik. Tempat ini sesuai untuk bergambar pada waktu siang mahupun malam. Ianya dibuka untuk pengunjung datang melawat dan bergambar serta sejarah tentang kuil ini.

sumber: kuala-lumper.ws

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here