Home AIRLINES Jom Naik ‘Belon’ Malaysia Airlines Pergi ke Negeri di Bawah Bayu

Jom Naik ‘Belon’ Malaysia Airlines Pergi ke Negeri di Bawah Bayu

609
0

Tak cukup dengan promosi percutian ke Pulau Pinang, Malaysia Airlines menambah lagi satu destinasi pelancongan yang diberi gelaran Negeri di Bawah Bayu iaitu Sabah.

Sabah juga terkenal dengan destinasi yang dipenuhi kawasan bukit yang cantik serta sejuk. Promosi untuk ke Sabah ini diberikan ‘discount’ sehingga 50%! Untuk kali ini, anda cuma boleh dapatkan harga tiket penerbangan bersama tempat penginapan serendah RM 359. Murah gila kan? Rasa rugi pula kalau tak gunakan peluang ini.

Hotel yang diberikan pun bukan calang-calang hotel. Hotel dikatakan semua hotel yang diberikan merupakan hotel yang agak mewah. Antara hotel yang ditawarkan adalah Shangri-La Hotel, Hyatt Regency Kinabalu, Nexus Resort & Spa Karambunai, The Magellan Sutera Resort, The Palace Hotel dan pelbagai lagi pilihan menarik.

Tempoh pembelian tiket penerbangan yang dilengkapi bersama hotel yang mewah ini hanya terhad sehingga 24 Ogos 2020 sahaja. Bagi tempoh penerbangan pula, anda diberi pilihan sehingga hujung tahun ini iaitu 31 Disember 2020. Beli je dulu sekarang dan nanti boleh tukar tarikh lain kalau anda tidak berkesempatan pada tarikh yang anda tetapkan pada permulaan.

Setiap pembelian tiket penerbangan ini, anda akan diberikan sekali voucher membeli belah secara percuma untuk pembelian di Suria Sabah Shopping Mall sahaja. Dah lah tiket murah, dapat voucher lagi.

Bagi pembelian ini, Malaysia Airlines masih mengekalkan pemberian muatan bagasi 40kg, makanan semasa penerbangan yang ‘free seat selection’. Marilah sama-sama kita bantu membangunkan kembali sektor ekonomi negara dan juga pelancongan Malaysia. Jangan lupa untuk layari website holidays.malaysiaairlines.com untuk maklumat yang lebih lanjut.

sumber: malaysiaairlines.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here