Home MAKAN-MAKAN Tempat Makan Western Yang Terbaik di Perlis

Tempat Makan Western Yang Terbaik di Perlis

923
0

Seperti yang kita tahu, Perlis merupakan negeri yang paling kecil di Malaysia. Ramai yang membuat gurauan bahawa Perlis cuma mempunyai penduduk yang seramai 10 orang sahaja. Jahat naaa hampa.

Jadi walaupun negeri Perlis ni kecil, ada jugak tempat makan western yang sedap di sini. Saya akan senaraikan 5 tempat masakan western yang menjadi buah mulut orang Perlis.

Hannah Cookies

sumber: sintoknews

Hannah Cookies yang terletak di Jalan Kaki Bukit berdekatan dengan D’ Futsal. Waktu beroperasi adalah bermula dari 12pm – 10pm (Selasa hingga Jumaat) manakala 4pm – 10pm (Sabtu dan Ahad). Makanan di sini sangatlah murah dan berbaloi dan paling penting ianya sedap. Anda juga boleh dapatkan pastry seperti kek dan biskut di sini.

Chortiez & Co

sumber: myfave.com

Chortiez & Co merupakan kedai yang menjadi bualan ramai orang oleh kerana masakan ‘panggang’nya yang sedap dan menyelerakan. Ianya terletak di Kangar. Menu yang menjadi kegilaan ramai pelanggan di sini adalah Chicken Chop yang digandingkan bersama sos mushroom cheese dan sos madu lada hitam. Kedai ini beroperasi pada setiap hari bermula dan 5pm hingga 12pm. Terdapat banyak lagi menu lain yang sedap tapi anda perlu datang ke sini untuk tahu dengan lebih lanjut.

Blackwood Coffee & Chocolate

sumber: travelopy.com

Blackwood Coffee & Chocolate adalah kedai ‘western’ untuk orang level T20. Ianya terletak di Persiaran Jubli Emas dan beroperasi sepanjang hari bermula dari jam 12pm hingga 11pm. Ianya memang agak mahal tapi kalau sekali sekala cuba apa salahnya kan. Walaupun harganya mahal tapi makanan yang dihidangkan sangat sedap dan berbaloi. Manakala ‘portion’nya juga amat memuaskan. Bagi mereka yang ada duit lebih sikit tu boleh lah datang cuba makan di sini. Tak lupa juga, untuk yang suka bergambar, anda boleh bergambar di sini kerana dekorasinya agak menarik.

Ana Burger D’ Cafe

Ana Burger D’ Cafe ini terletak di Jalan Raja Syed Saffi. Waktu beroperasi nya adalah pada 6pm – 12 am (Khamis hingga Selasa) dan mereka tutup pada hari Rabu. Kafe ini lebih memfokuskan pada masakan burger dan juga plater. Anda boleh dapatkan menu plater dengan harga yang sangat murah tapi ‘portion’ yang sangat banyak. Katanya makan malam ni, boleh kenyang sampai malam esok.

Mai Cafe Herbal Kopitiam

sumber: facebook MaiCafe

Mai Cafe Herbal Kopitiam merupakan restoran yang agak unik dan sudah pasti menyediakan masakan yang sedap. Ianya terletak di Persiaran TUanku Syed Putra dan beroperasi pada Isnin hingga Sabtu. Selain dari masakan barat, anda juga boleh mendapatkan menu nasi arab di sini. Restoran ini lebih kenapa konsep santai dan selesa dan tambahan lagi, makanan yang dihidangkan juga agak besar ‘portion’nya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here