Home HOTEL & RESORT Macam Duduk di Kayangan, Jom ke Sky Villa

Macam Duduk di Kayangan, Jom ke Sky Villa

912
0

Apa yang ada di Kuala Kubu Bharu? Tempat ini bukanlah tempat pembangunan yang agak pesat tapi terdapat satu ‘hidden gems’ untuk kaki travel. Terdapat satu tempat yang menambat hati saya iaitu Sky Villa.

sumber: Travel Malaysia

Sky Villa merupakan tempat penginapan yang berkonsep Airbnb iaitu anda menyewa seluruh villa tersebut dalam tempoh yang anda inginkan. Jom kita teroka sikit apa yang best kat Sky Villa ini.

Sky Villa terletak di atas bukit yang dinamakan KBB height. Ini ‘confirm’ kalau bangun pagi mesti sejuk sampai menggigil. Jadi siapa sejuk tempat yang sejuk, digalakkan untuk anda datang ke sini. Ianya berkonsepkan binaan bata dan gabungan kayu yang menarik serta unik. Sudah pasti untuk mereka yang suka bergambar, ‘spot’ ini sangat sesuai untuk anda.

sumber: Travel Malaysia

Selain itu, anda juga bakal ditambahkan lagi kegembiraan apabila berada disini dengan adanya ‘private swimming pool’. Anda boleh bermandi manda di sini sambil menikmati pemandangan yang mengagumkan. ‘Swimming pool’ ini terletak cuma bersebelahan sahaja dengan villa anda.

sumber: Travel Malaysia

Untuk bahagian bilik pula, bilik yang disediakan juga sangat luas dan menarik. Dekorasi yang agak ‘simple’ dan sedap mata memandang. Apabila anda bangun pagi mesti akan seronok, kerana anda keluar sahaja ke koridor dah boleh menikmati udara yang segar ditambah pula dengan pemandangan yang cantik.

sumber: Travel Malaysia

Jika anda sudah tiada idea untuk bercuti ke mana, di sini juga agak sesuai untuk dikunjugi. Anda boleh menggunakan segala kemudahan yang disediakan di villa tersebut seperti alatan dapur untuk memasak. Ianya seolah-olah anda berada di rumah sendiri. Boleh juga ni kalau buat ‘family gathering’ di sini. Tempahan untuk Sky Villa ini boleh di buat melalui aplikasi Airbnb. Jangan lupa untuk datang ke sini okay!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here