Home MAKAN-MAKAN Jom Makan-Makan di Dough & Dolce TTDI, Kuala Lumpur

Jom Makan-Makan di Dough & Dolce TTDI, Kuala Lumpur

559
0

Sekarang mesti ramai yang suka restoran makan yang cantik-cantik sebab bila dan habis makan nanti boleh lah bergambar untuk tatapan pengikut di media sosial. Lagi satu, banyak restoran yang pada masa kini mementingkan dekorasi kedai mereka juga selain daripada menghidangkan menu yang sedap dan lazat sahaja.

Jadi untuk hari ini, mari kita terokai restoran Dough & Dolce yang terletak di TTDI, Kuala Lumpur. Sebagai landmark jika anda berada di sekitar Pusat Membeli Belah One Utama, ianya mengambil masa tidak lebih dari 10 minit untuk ke sini.

sumber: Jomkitamy

Dough & Dolce ini merupakan restoran yang menghidangkan makanan yang berasaskan ‘western’ dan ‘pastry’. Bagi anda yang penggemar makanan ‘western’ dan yang suka ngopi boleh lah datang dan menikmati makanan di sini. Restoran ini juga sentiasa mengadakan menu isitmewa pada setiap minggu untuk menarik lagi ramai pelanggan untuk datang ke sini.

sumber: twitter Jomkitamy

Agak ramai pelanggan muda yang datang ke sini oleh kerana dekorasi dalamannya yang menarik perhatian mereka. Selain dari menikmati makanan dan minuman yang enak di sini, anda juga dapat mengambil gambar di dalam restoran ini. Tempat ini sesuai untuk mereka yang akan gambar serta pemandangan yang ‘plain’ dan ‘minimal’.

sumber: instagram doughanddolce

Kedai ini beroperasi dari jam 8 pagi hingga 9 malam. Ianya ditutup pada hari Selasa. bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang kedai yang menarik ini anda boleh menunjungi lama instagram mereka iaitu instagram.com/doughanddolce.

Jadi jangan lupa singgah di Dough and Dolce jika anda berada berdekatan dengan kawasan TTDI dan bawa juga keluarga anda untuk merasai keunikan salah satu ‘hotspot’ restoran di TTDI.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here