Home HOTEL & RESORT Dapat Bermalam Di Sini Satu Malam Pon Jadilah, The Taaras Beach &...

Dapat Bermalam Di Sini Satu Malam Pon Jadilah, The Taaras Beach & Spa Resort

1603
0

Bila masuk musim bercuti, mesti kita akan merancang nak bercuti ke tempat yang menarik dan sudah tentu tempat penginapan pun mesti kita inginkan penginapan yang bertaraf 5 bintang. Ada sesetengah orang apabila bercuti dia akan lebih banyakkan belanjanya ke arah penginapan. Mungkin baginya lebih puas untuk berehat di tempat penginapan yang selesa.

sumber: malaysia-hotels.net

Bercakap mengenai tempat penginapan mewah, mesti ramai yang sudah tahu tentang tempat ini iaitu The Taraas Beach & Spa Resort yang terletak di Pulau Redang. Resort ini merupakan resort yang bertaraf 5 bintang dan ramai yang memberi maklum balas yang ternyata mereka tidak kecewa dengan resort ini. Sudah pasti harganya juga agak mahal tetapi apa salahnya bukan jika sekali seumur hidup kita merasai menginap di resort yang bertaraf sedemikian.

sumber: klook.com

Apa yang menarik di resort ini? Hotel ini bakal menyajikan anda pemandangan pantai yang sangat menarik serta bilik yang ‘tiptop’. Di sini juga terdapat ‘private swimming pool’ untuk anda yang sukakan privasi. Sambil anda mandi di ‘pool’ ini anda dapat melihat pemandangan pantai yang menarik.

sumber: agoda.com

Terdapat juga perkhidmatan Spa di sini bagi mereka yang ingin merehatkan minda dan merasai nikmat bercuti dengan lebih lagi. Anda juga boleh melakukan aktiviti scuba diving, jungle trekking dan pelbagai aktiviti rekreasi lain yang menarik di sini.

Harga bilik di sini bermula secara purata dengan harga RM 900 satu malam. Antara pilihan bilik yang ditawarkan adalah The Taraas Villa, Ocean Front Master Suite, Cliff Premier Suite dan pelbagai lagi pilihan yang bakal menarik perhatian anda. Setiap pilihan bilik akan dimasukkan sekali dengan sarapan pagi dan pelbagai lagi tawaran yang menarik.

sumber: agoda.com

Jadi jika anda merancang untuk datang ke Pulau Redang, anda boleh masukkan The Taraas Beach & Spa Resort di dalam list anda. Anda dijamin tidak akan kecewa dengan servis yang diberikan serta penginapan yang bakal disajikan kepada anda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here