Home HOTEL & RESORT Celah Kelapa Sawit Pon Ada Homestay Tau, Plot Sawit Melaka

Celah Kelapa Sawit Pon Ada Homestay Tau, Plot Sawit Melaka

879
0

Selalunya mesti kita akan jumpa homestay yang berdekatan dengan tempat yang strategik seperti di tengah bandar, dekat dengan pantai dan sebagainya. Lain kali pula dengan homestay yang bakal anda baca selepas ini. Uniknya homestay ini, ia terletak di persekitaran kepala sawit.

Homestay yang dimaksudkan di atas adalah Plot Sawit homestay yang terletak di Lanchang Utama, Melaka. Homestay ini dibina dengan menerapkan konsep untuk pelanggannya yang ingin mencari tempat yang bebas dari kesesakan bandar dan ketenangan. Ya betul, tempat ini memang luar dari kawasan bandar dan sangatlah tenang jika anda berada di sini dengan pemandangan yang cantik dan indah.

Ianya terletak kira-kira 30 minit sahaja dari bandar Melaka. Kombinasi warna yang menarik serta dekorasi yang cantik menambahkan lagi citarasa untuk menambat hati para pelancong yang datang ke Melaka.

Berkenaan dengan pakej bilik yang disediakan di sini pula, anda bakal disajikan dengan bilik yang dilengkapi dengan ‘bath tub’ serta hiasan bilik yang ‘simple’ serta sedap mata memandang.

Di sini juga terdapat ‘swimming pool’ untuk pelanggannya bermandi manda sambil menikmati pemandangan yang tenang dan indah di situ. Anda juga boleh menggunakan set BBQ yang disediakan di sini untuk memeriahkan lagi suasana apabila anda berada di sini. Tambahan lagi, terdapat juga servis untuk menyewa basikal untuk mereka yang ingin bersiar-siar di kawasan persekitaran homestay ini.

Tempat ini sangat sesuai untuk dibawa bersama ahli keluarga yang inginkan kelainan yang keluar dari kawasan bandar. Kawasan homestay agak kecil dan sangat sesuai untuk mereka yang ingin bercuti satu tempat yang ‘all in’ di mana di kawasan tersebut terdapat semua benda seperti swimming pool, rekreasi, BBQ set dengan harga yang sangat berpatutan.

sumber : twitter Jomkitamy

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here