Home DESTINATIONS Tak Sangka di Majalengka Indonesia Banyak Tempat Yang Menarik

Tak Sangka di Majalengka Indonesia Banyak Tempat Yang Menarik

832
0

Pernah dengar nama Majalengka? Ianya terletak di Indonesia dan Majalengka ini bukanlah bandar yang membangun seperti bandar-bandar lain di Indonesia. Akan tetapi, walaupun ianya bukan bandar yang membangun pesat, bandar ini sangat unik dengan keindahan alam semulajadinya. Jadi mari kita lihat antara tempat pilihan yang menarik jika anda melawat di Majalengka.

Terasering Panyaweuyan

Kawasan ini merupakan kawasan penanaman seperti di Cameron Highland kalau di Malaysia. Ianya kawasan bukit yang sejuk dan bak kata orang Indonesia ‘negeri di atas awan’. Untuk mereka yang mencintai pemandangan ‘sunset’ mahupun ‘sunrise’ sudah pasti tempat ini wajib untuk anda kunjungi. Tiket masuknya juga agak murah dalam lingkungan RM 5 sahaja.

Situ Cipanten

Tempat kedua yang menjadi tumpuan orang ramai apabila datang ke Majalengka ialah Situ Cipanten. Ia merupakan kawasan sungai air cetek tetapi airnya sangat jernih kebiruan dan jika anda lihat ke dalam air anda boleh nampak sehingga ke dasarnya. Tempat ini sesuai untuk mereka yang datang bersama keluarga mahupun rakan-rakan yang ingin bermandi-manda dan berkelah beramai-ramai.

Air Terjun Cipeuteuy

Di dalam gambar nampak seolah-olah air terjun di negara eropah, tetapi sebaliknya ianya di Majalengka. Tempat ini diberi nama Air Terjun Cipeutuey. Uniknya tempat ini adalah airnya yang jernih dan keunikan alam semulajadi yang dipelihara dengan cermat serta kemas. Perjalanan untuk anda sampai ke sini agak mencabar kerana anda perlu meredah hutan terlebih dahulu. Sambil anda bermandi-manda di situ, anda boleh mendengar bunyi kicauan burung berterbang di sekeliling kawasan tersebut.

Air Terjun Muara Jaya

Satu lagi tempat air terjun yang mencuri tumpuan pelancong yang datang ke sini iaitu air terjun Muara Jaya. Bukit ini mempunyai 3 tingkat lapisan bukit yang setiap satu itu mempunyai lembah sungai di tengahnya. Tempat ini sesuai untuk mereka yang datang untuk bersantai sambil bermandi manda. Anda perlu berhati hati juga apabila mandi di sini kerana aliran airnya sangatlah deras.

Terdapat banyak lagi tempat yang menarik di Majalengka dan di sini saya senaraikan antara yang terbaik sahaja dan menarik untuk mereka yang ingin memenuhi ‘feed’ instagram mereka dengan gambar yang lawa. Tidak dapat dinafikan tempat ini sangat menarik untuk bergambar. Mungkin anda boleh masukkan destinasi ini dalam wishlist anda apabila semua keadaan kembali normal dan boleh melancong seperti biasa.

sumber: twitter – berduasmkm

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here