Home MAKAN-MAKAN Alamak Ada Port Lepak Baru di Kemaman? Wajib Pergi Ni!

Alamak Ada Port Lepak Baru di Kemaman? Wajib Pergi Ni!

1160
0

Terengganu sudah sedia maklum yang merupakan tempat pelancongan utama di Malaysia. Selain dari itu, negeri ini juga tidak lekang dengan makanan-makanan yang sedap-sedap belaka. Jadi salah satu lokasi di negeri ini iaitu Kemaman, mempunyai satu ‘port’ makan yang baik untuk dikunjungi. Nama restoran tersebut adalah Kedai Kopi Vietnam Kemaman.

Kedai Kopi Vietnam ini terletak bersebelahan dengan Hai Peng Kopitiam. Bagi penggemar kopi, anda mesti akan tertarik dengan kedai ini. Rata-rata komen dari pelanggan yang datang ke sini, semuanya mengatakan kopi di sini sangat sedap dan menarik. Boleh lah datang lepak di sini sambil minum kopi vietnam secawan. Kopi vietnam juga mempunyai kelainan dan keunikannya yang tersendiri berbanding kopi tempatan.

Dekorasi kedai tersebut lebih menerapkan unsur klasik di mana bahan binaannya banyak menggunakan kayu. Secara peribadi, ianya sangat menarik kerana dekorasi restoran tersebut sangat ‘simple’ dan saya suka tempat yang mempunyai dekorasi minimal.

Selain itu, terdapat pelbagai juga pilihan makanan yang menarik di sini. Lokasinya juga agak strategik oleh kerana terletak di dalam kawasan bandar Kemaman. Jadi untuk mereka yang teringinkan kopi vietnam yang sedap anda boleh datang ke sini dan nikmatinya sendiri.

sumber: twitter @4mirSaid

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here