Home MALAYSIA Escape Park Terbaru di Paradigm Mall Petaling Jaya!

Escape Park Terbaru di Paradigm Mall Petaling Jaya!

962
0
sumber: twitter/Jomkitamy

Warga Petaling Jaya mesti sudah sedia maklum dengan nama Paradigm Mall. Pusat membeli belah yang mempunyai jenis pilihan dari segi pakaian, makanan dan pelbagai lagi. Bilangan pengunjung yang datang ke sini juga tidak kurang hebatnya. Jadi, Paradigm Mall ini boleh dikatakan salah satu tarikan utama bagi kawasan Petaling Jaya.

Ada satu tambahan yang menarik bagi pusat membeli belah ini, iaitu “indoor theme park” yang dikendalikan oleh Escape Theme Park. Sebelum ini Escape Theme Park adalah beroperasi di Penang dan kali ini mereka megembangkan lagi operasi mereka di Paradigm Mall, Petaling.

Escape Theme Park ini merupakan pusat riadah bagi mereka yang sukakan aktiviti lasak. Jadi, untuk mereka yang sering datang ke Paradigm Mall untuk membeli belah sahaja, anda boleh datang ke sini juga untuk melakukan aktiviti bersukan yang menyeronokkan.

sumber: twitter/Jomkitamy

Antara aktiviti yang disediakan di sini adalah seperti Monkey Business, Banana Flip, Atan’s Leap, Trike Track, Aerobat, Slingshot, Jumping Jack, Monkey School, Airbag, Gecko Tower and Coco Climb. Ia dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian kanak-kanak dan dewasa.

sumber: escape.my

Walaupun ianya dibuka di kawasan pusat membeli belah, tetapi kawasannya agak luas dan sudah tentu anda tidak rugi untuk datang ke sini. Sudah pasti kepuasan dijamin dan akan bergembira apabila berada di sini.

Selepas ini, selain bertujuan membeli belah pergi ke Paradigm Mall, anda boleh melakukan aktiviti bersukan ke sana juga. Jangan lupa ajak kawan-kawan anda mahupun keluarga untuk meluangkan masa bersama di Escape Theme Park, Petaling Jaya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here