Home HOTEL & RESORT Bermula Dari RM300, Anda Sudah Boleh Bercuti di Private Island Vivanta by...

Bermula Dari RM300, Anda Sudah Boleh Bercuti di Private Island Vivanta by Taj Langkawi

1170
0

Vivanta by Taj merupakan resort bertaraf 5 bintang yang boleh dikatakan ramai orang jarang mendengari namanya. Ianya terletak di satu pulau ‘private’ yang bernama Pulau Rebak. Walaupun ianya terletak di dalam kawasan Pulau Langkawi, jarak untuk ke sana adalah lebih kurang 2 kilometer.

sumber: facebook Vivanta by Taj Langkawi

Disebabkan ianya terletak di pulau yang ‘private’, ada satu perkara yang special iaitu resort ini mempunyai pelabuhan kapal layarnya yang tersendiri. Jadi untuk orang kaya yang ingin terus datang ke sini, anda boleh terus parking kapal layar anda di sini.

sumber: booking.com

Bagi mereka yang tiada kapal layar sendiri, anda jangan risau, anda masih boleh datang ke sini dengan menaiki bot panjang dari pelabuhan Cenang. Ia mengambil masa lebih kurang 5 minit sahaja. Tetapi, trip untuk ke sini juga mempunyai jadual. Anda perlu merancang terlebih dahulu supaya anda tidak menunggu lama nanti di pelabuhan Cenang.

Buat masa sekarang, bilik yang ditawarkan di sini adalah sangat murah serendah RM 300 satu malam. Antara pilihan bilik yang ditawarkan di sini adalah Superior Room Garden View, Deluxe Room Partial Sea View, Premium Room Sea Front, Premium Suite Garden View, Deluxe Suite Sea View dan yang terakhir Vivanta Suite Sea View. Semua bilik yang ditawarkan adalah sangat cantik dan luas.

sumber: kayak.com

Selain dari itu, anda juga dapat melakukan pelbagai aktiviti menarik di sini seperti ‘jungle trekking’, mempelajari cara membuat batik, membuat lawatan jelajah hutan paya bakau, menikmati pengalaman bersama ikan pari dan yang terakhir tak lain dan tak lain, menikmati pemandangan ‘sunset’ di kala senja.

sumber: makemytrip.com

Untuk datang ke sini, tidak semestinya anda perlu menjadi kaya dahulu baru boleh datang, tapi anda kumpul sahaja duit mengikut bajet yang diberikan. Jangan risau tempat ini terima semua pelanggannya dari pelbagai latar belakang. Jom sama-sama pergi ke pulau ‘private’; Pulau Redak dan menginap di Vivanta by Taj.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here