Home MAKAN-MAKAN Combo Kambing Bakar di Sekitar Lembah Klang

Combo Kambing Bakar di Sekitar Lembah Klang

553
0

Bagi penggemar daging bakar, coretan hari ini sangat sesuai untuk anda. Di sini mari kita lihat pilihan restoran kambing bakar terbaik yang berada di sekitar Lembah Klang.

Restoran Cik Tri Sahara Kambing Bakar

Restoran ini terletak di Setia Alam, Shah Alam. ‘Signature dish’ di restoran ini adalah kambing bakar yang disajikan bersama kuah sambal kicap pedas . Ianya dilengkapi bersama nasi putih serta sup kosong yang menyelerakan. Sudah pasti anda akan terliur melihat daging bakar ini berada di hadapan anda. Selain itu terdapat juga menu lain seperti sup gearbox, ayam penyet dan pelbagai lagi menu menarik untuk anda menikmati. Harganya pula sangat berpatutan dan yang paling penting ianya dijamin sedap.

sumber: vitdaily.com

D’Boss Kambing Bakar Berapi

Restoran yang kedua ini pula terletak di Taman Meru. ‘Landmark’ lain yang ada boleh cari adalah ianya berdekatan dengan kedai Niarasa. Ramai yang datang ke sini untuk menikmati keunikan rasa perapan daging kambing yang pekat dan lazat dari restoran ini. Gabungan adunan yang dilengkapi dengan rempah ratus yang membuatkan kambing bakar ini sangat ‘juicy’ dan menyelerakan. Jangan risau anda pasti akan tambah pesanan apabila anda telah menikmati hidangan ini.

sumber: facebook D’Boss Kambing Bakar Berapi

Nasi Kukus Sotong Besar

Restoran yang ketiga ini pula ianya terletak di Kota Kemuning, Shah Alam. Walaupun nama kedai ini tertera ‘sotong’ tapi mereka turut mempunyai hidangan kambing bakar yang sangat sedap. Di sini specialnya adalah ia menggabungkan selera dari pantai timur dengan meletakkan nasi kerabu bersama kambing bakar. Ingin rasakan kelainan, cepat buka waze anda dan cari lokasi restoran ini.

sumber: twitter – @aminothman

House of Kambing

House of Kambing terletak di Kajang. Jika anda dari Kuala Lumpur, perjalanan anda untuk ke sini mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja. Ianya terletak di MAEPS Serdang berdekatan dengan UPM. Selain dari menikmati kambing bakar special dari restoran ini, anda juga dapat menikmati pemandangan haiwan seperti kambing, unta dan juga rusa.

Jangan lupa datang ke sini jika anda tengah ‘craving’ nak makan kambing bakar!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here