Home MALAYSIA 7 Tempat Menarik Untuk Honeymoon di Dalam Malaysia

7 Tempat Menarik Untuk Honeymoon di Dalam Malaysia

2733
0

Menandangkan kita masih lagi tidak digalakkan untuk keluar melancong luar negara, jadi pilihan yang ada adalah hanya dalam Malaysia. Sepanjang tempoh PKP pun masih ramai yang berjaya mendirikan rumah tangga walau terpaksa menghadapai pelbagai cara mengikut Norma Baharu. 

Jadi sempena dengan itu, kami senaraikan 7 Tempat Menarik Untuk Honeymoon di dalam Malaysia.

Menandangkan kita masih lagi tidak digalakkan untuk keluar melancong luar negara, jadi pilihan yang ada adalah hanya dalam Malaysia. Sepanjang tempoh PKP pun masih ramai yang berjaya mendirikan rumah tangga walau terpaksa menghadapai pelbagai cara mengikut Norma Baharu. 

Jadi sempena dengan itu, kami senaraikan 7 Tempat Menarik Untuk Honeymoon di dalam Malaysia.

The Andaman Resort, Pulau Langkawi, Kedah

Jika anda inginkan saat-saat yang istimewa dan romantik bersama yang tersayang, Stardust Cruise menawarkan satu pengalaman yang unik dengan beberapa pakej termasuk pakej makan malam romantik di atas kapal layar sambil menikmati suasana tropikal pulau Langkawi dan pemandangan indah matahari terbenam. Dan jika bertuah, anda mungkin dapat melihat ikan lumba-lumba.

Pulau Langkawi juga sangat sesuai bagi anda yang ingin menghabiskan masa bersantai di tepi pantai dikelilingi hutan hujan tropika dan haiwan-haiwan eksotik seperti burung helang dan banyak lagi. The Andaman Resort menjadi pilihan yang tepat kerana selain keindahan pantai yang jernih dan pasir seputih mutiara, hotel ini juga menyediakan pebagai kemudahan dan aktiviti untuk dilakukan. Beberapa di antaranya adalah mengikuti lawatan ke dalam hutan tropika yang berusia lebih 10 juta tahun dan manjakan diri anda di spa dengan urutan dan mandian bunga.

Pulau Pangkor

Pulau ini mempunyai salah satu pantai yang tercantik di Malaysia. Kecantikan batu karang dan ikan-ikan yang berwarna-warni menambahkan lagi keunikan pulau ini. Bagi pecinta sukan air, pulau ini menyediakan beberapa aktiviti seperti menaiki banana boat, jetski, parasailing dan banyak lagi.

Nikmati saat-saat romantik bersama pasangan anda dengan bersiar-siar di sekitar pulau dengan menaiki motosikal dan jangan lepaskan peluang untuk memberi makan burung hornbill yang terdapat di sekitar pulau.

Cameron Highlands, Pahang

Cameron Highlands merupakan salah satu tempat menarik untuk honeymoon di Malaysia yang sesuai bagi anda yang sukakan cuaca yang sejuk dengan ekosistem yang menghijau di sekitar anda. Pencinta alam pasti akan jatuh cinta dengan tempat ini!

Antara aktiviti yang dapat dilakukan bersama pasangan anda ialah melawat ladang teh dan pengalaman memetik sendiri buah strawberi. Aktiviti ini amat sesuai terutama sekali bagi pasangan anda yang gemarkan buah strawberi. Selain itu, tempat ini juga berlatar belakangkan keindahan ladang teh yang menghijau dimana sangat sesuai bagi anda yang suka mengambil gambar untuk dimuat naik ke instagram. Jangan lupa untuk melawat Butterfly Garden yang menempatkan rama-rama yang berwarna-warni dan pelbagai jenis serangga.

Pulau Mabul, Sabah

Pulau ini diiktiraf sebagai salah satu tempat terbaik untuk menyelam di dunia kerana kejernihan airnya. Bagi pasangan anda yang sukakan aktiviti snorkelling dan menyelam pulau ini sesuai dijadikan destinasi honeymoon anda.

Mabul Water Bungalows menawarkan satu pengalaman yang unik dan berbeza dengan villa yang terapung di atas air seperti di Bora-Bora. Selain disajikan dengan panorama yang indah terutama sekali ketika terbenam matahari, resort ini turut menyediakan rawatan spa untuk anda berehat.

Kinabatangan, Sabah

Bagi anda yang ingin lebih mendekatkan diri dengan alam semulajadi, anda dapat menikmati keindahannya dengan cara yang berbeza. Lawatan ke River Safari di Kinabatangan ini sememangnya patut berada di dalam senarai anda. Dengan menaiki bot menyelusuri sungai Kinabatangan dan melihat hidupan liar dengan lebih dekat sememangnya satu pengalaman yang menakjubkan.

Antara haiwan yang dapat dijumpai di sini termasuklah Orang Utan yang memang terkenal di Sabah, Red Leaf Monkey, buaya, badak sumbu Sumatra dan banyak lagi jenis haiwan dan serangga. Jika anda dan pasangan merupakan seseorang yang sukakan pengalaman yang lebih mencabar, anda boleh mengambil pakej safari di waktu malam bagi melihat hidupan liar di waktu malam yang berbeza dengan haiwan di waktu siang.

Casabrina Vacation Villas, Raub, Pahang

Terletak kira-kira 1 jam dari kesibukan kota raya Kuala Lumpur, tersembunyi sebuah resort percutian yang mewah di tengah-tengah kehijauan hutan pahang yang indah. Ianya tempat dimana kemewahan bertemu dengan keindahan alam semulajadi di Casabrina Vacation Villas.

Resort ini sesuai bagi anda yang ingin meluangkan masa privasi bersama pasangan anda di samping menikmati keindahan alam. Antara tarikan utama di resort ini adalah ‘infinity pool’. Di mana anda boleh berehat di dalam kolam renang ini sambil menikmati pemandangan menakjubkan hutan lipur yang terbentang luas di hadapan anda. Selain itu, pihak resort turut menyediakan aktiviti sukan golf, jungle trekking, dan lawatan safari.

The Banjaran Hotspring, Ipoh

Resort ini terletak di persekitaran semula jadi yang ditutup dengan pokok-pokok dan gunung-gunung. Keselamatan adalah ketat kerana mereka akan menyiarkan sesiapa sahaja yang cuba memasuki premis itu. Perkhidmatan hebat dan mereka mengingati nama tetamu dan bilik, dan sarapan menyediakan pelbagai pilihan pilihan. 

Satu keunikan The Banjaran Hotsprings ni yang tak ditawarkan oleh resort-resort luxury lain, bagi kita ialah dia punya suasana. Suasana dia hutan, pastu ada hotsprings, pastu ada gunung-gunung batu kapur. Memang kat Perak jelah kan banyak gunung batu kapur ni. Biasa luxurious resort kat Malaysia ni kebanyakan selling point mesti pantai, laut,pantai, laut. Tapi The Banjaran Hotsprings pula, sangat unik sekali sebab dia tawarkan hutan, air panas (hotsprings), gunung batu kapur, gua dan juga air terjun.

Jadi Malaysia sememangnya mempunyai banyak tempat menarik untuk honeymoon untuk dilawati bersama pasangan yang tercinta. Mengapa harus pergi jauh sekiranya percutian idaman anda berada dekat dengan anda. Jom mula merancang percutian honeymoon anda!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here