Home MALAYSIA Kenapa Anda Perlu Pergi Ke The Kasturi, Cherating?

Kenapa Anda Perlu Pergi Ke The Kasturi, Cherating?

642
0
sumber: traveloka.com

Sekarang ini sudah menjadi musim bercuti untuk semua penduduk di Malaysia oleh kerana keadaan ekonomi yang sudah kembali dibuka dan pelbagai jenis promosi yang ditawarkan sehingga boleh menyebabkan anda ‘pengsan’ melihat harganya. Selain itu, boleh juga kesempatan ini diambil untuk membawa keluarga tercinta bercuti dengan bajet yang agak rendah.

Salah satu destinasi percutian yang menjadi bualan ramai adalah Cherating. Cherating ini terletak di negeri Pahang. Ia juga terkenal sebagai tempat peranginan yang dipenuhi dengan hidupan alam semulajadi. Satu perkara lagi yang menarik perhatian, Cherating terletak berhampiran negeri Terengganu. Jadi anda boleh ‘travel’ ke dua negeri dalam satu masa.

Di sini juga terdapat satu tempat penginapan yang sangat menarik iaitu The Kasturi. Resort ini sudah terkenal dengan keunikan serta pakejnya yang tersendiri. Ianya tidaklah terlalu besar dan bertingkat seperti hotel yang lain malah ianya bagus kerana ia dapat memberi privasi yang lebih jika anda datang ke sini.

Keunikan senibina yang terdiri dari gabungan seni Melayu dan moden ini telah menghasilkan satu resort yang memberi suasana selesa serta mewah untuk pengunjung yang datang. Terdapat juga pilihan bilik seperti Villa, Penthouse, Suite dan Studio yang sangat eksklusif. Kadar penetapan harga adalah berbeza mengikut pilihan bilik.

sumber: agoda.com

Jika anda memilih beachfront villa, anda akan dilengkapi bersama private pool yang sangat untuk mereka yang datang bersama keluarga. Anda boleh mandi di pool itu sambil menikmati pemandangan pantai yang cantik.

sumber: booking.com

Resort ini dikelilingi oleh pantai di mana anda boleh mendapatkan suasana pantai yang berterusan. Selain itu, anda juga berpeluang untuk bermain bersama anak penyu, seperti melepaskan anda penyu di pantai jika anda singgah di Rimbun Dahan Turtle Sanctuary.

sumber: rimbundahanturtle.org

Tambahan lagi, anda juga boleh berkayak di sungai bakau yang terletak tidak jauh dari resort ini. Selain dari melakukan aktiviti berkayak, anda dapat juga melihat burung helang dan burung enggang jika anda bertuah pada hari tersebut.

sumber: maisinggah.com

Untuk anda yang tertanya-tanya berkenaan pakej yang ditawarkan oleh The Kasturi ini, anda boleh terjah ke the-kasturi.com ataupun anda juga boleh menempah melalui agoda, traveloka, booking.com dan pelbagai aplikasi yang menawarkan tempat penginapan percutian. Jangan lupa untuk menginap di The Kasturi apabila anda menjejakkan kaki di Cherating.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here