Home MALAYSIA 5 Benda Paling Best Bila Anda Pergi ke Perlis

5 Benda Paling Best Bila Anda Pergi ke Perlis

453
0

Semua orang sedia maklum bahawa Perlis merupakan negeri yang terkecil di Malaysia. Perlis hanyalah mempunyai kapasiti penduduk yang rendah sekitar 254,400 penduduk sahaja. Oleh itu, mesti ramai yang tertanya-tanya, kalau negeri kecil apa yang best kat tempat tersebut?

Di sini, saya ingin gariskan 5 perkara wajib dan best untuk anda lakukan apabila anda menjejakkan kaki ke negeri Indera Kayangan ini.

Makanan Yang Sangat Murah Dan Sedap.

Perlis sangat sinonim dengan masakan Thai oleh kerana kedudukannya hanyalah bersebelah dengan negara jiran iaitu Thailand. Oleh itu, banyak juga perkara yang dipengaruhi oleh negara tersebut termasuklah makanan. Apa yang membuatkan ianya lebih menarik ialah anda boleh merasakan Thai ini dengan kadar harga yang murah dan berpatutan. Dijamin anda tidak akan menyesal apabila anda pergi ke sana.

Suasana Serta Pemandangan Yang Menarik

kredit: http://budakbandunglaici.blogspot.com

Bagi anda yang mencari tempat yang bebas dari kesesakan bandar, Perlis memang pilihan yang sangat tepat. Tambahan lagi, kapasiti penduduk yang tidak padat membuatkan negeri ini sangat lapang dan bebas dari kesesakan lalulintas mahupun penduduknya. Oleh itu, sudah pasti anda akan merasai suasana yang tenang serta lapang.

Aktiviti Rekreasi Yang Santai Serta Menyeronokkan

sumber: twitter.com/ohmyperlis

Terdapat dua tempat rekreasi yang menjadi tumpuan iaitu Gua Sami serta Bukit Tok Dun. Tempat ini sangat sesuai untuk mereka yang suka mendaki bukit. Perbezaan dua tempat ini cuma Gua Sami menyediakan trek(anak tangga) manakala Bukit Tok Dun hanya mengikut jejak tapak pendaki yang sedia ada. Buat mereka yang suka aktiviti lasak seperti ini, anda digalakkan untuk datang ke Perlis dan alaminya sendiri.

Arked Niaga Padang Besar

https://www.petai.net/

Tempat ini tidak asing lagi buat mereka yang datang ke Perlis. Padang Besar merupakan temapt tumpuan pelancong yang ingin membeli belah. Jualan barangan di sini seperti set pinggan mangkuk, pakaian sukan, barang kemas dan pelbagai. Sekali anda masuk ke dalam arked ini, jaranglah anda akan keluar dengan tangan kosong, mesti akan melekat juga satu beg plastik di tangan anda.

Makanan Laut di Kuala Perlis

She Dazzle In Her Own Way~: Api Api Ikan Bakar, Kuala Perlis
sumber: Api-Api Ikan Bakar Kuala Perlis

Anda penggemar ‘seafood’? Jika anda datang ke Perlis dan singgah di Kuala Perlis, mesti mulut anda sangat ringan untuk ‘order’ makanan laut ini tanpa segan silu. Apa yang menariknya semua makanan laut ini segar dan harga yang berpatutan. Menu yang menjadi pilihan ramai adalah set Ikan Bakar.

Buat anda yang masih berfikir dan tak tahu nak pilih destinasi mana yang anda patut pergi, saya cadangkan anda datang ke Perlis sahaja. Bajet pun tidaklah tinggi tetapi anda dapat merasai pelbagai nikmat apabila anda sampai ke sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here