Home HOTEL & RESORT Mari Tengok 3 Tempat Bercuti ‘Dalam Hutan’ Yang Best di Malaysia

Mari Tengok 3 Tempat Bercuti ‘Dalam Hutan’ Yang Best di Malaysia

669
0

Apabila orang sebut pasal percutian, ramai yang anggap kena ada bangunan pencakar langit, bangunan yang unik dan juga makanan yang sedap di sekitar tempat tersebut. Tapi lain pula dengan tempat yang bakal saya senaraikan sebentar lagi.

Secara umumnya tempat ini merupakan tempat untuk mereka yang sukakan alam semulajadi ataupun bahasa kasarnya suka dengan tempat yang ala-ala hutan yang mempunyai banyak pokok kononnya ingin bebas daripada kesesakan bandar.

Jadi buat anda yang ingin mengetahui tempat tersebut, saya senaraikan 3 pilihan tempat percutian yang berkonsepkan alam semulajadi yang menarik untuk anda terokai.

The Shorea

The Shorea merupakan tempat penginapan yang berdudukan bersebelahan dengan Hutan Simpan Berembun. Ianya terletak di Negeri Sembilan. Apa yang menarik dengan tempat ini? Bangunan di sini semuanya dibina dengan menggunakan kayu serta dapat menghirup udara yang segar dan suasana yang sangat nyaman. Lokasi ini sangat sesuai untuk keluarga yang merancang percutian di luar kawasan bandar.

Time Capsule Retreat

Apa yang unik sangat dengan tempat ini? Jarang kita jumpa yang bilik penginapan disediakan tu seperti capsule. Apa yang lagi menarik dekat sini ialah idea dan konsep yang penginapan tersebut yang ‘rare’ untuk kita jumpa. Ianya terletak di Sungai Lembing, Pahang. Pemandangan dan suasana di sini sangat tenang dan ‘chill’.

Sekeping

Dengar nama pun dah unik kan? Sekeping ini terletak di kawasan Serendah, Selangor. Jika anda yang memang mencari ketenangan alam semulajadi, tempat ini memang tempat yang sangat sesuai untuk anda.

Idea serta kombinasi serta reka bentuk tempat penginapan yang menarik juga dapat menambat hati para pelancong yang datang ke sini. Tempat ini lebih berkonsepkan ‘minimalist’.

Jadi 3 tempat di atas tadi sangatlah menarik untuk anda yang inginkan percutian yang berkonsepkan alam semulajadi. Selain dari keunikan alam, anda dapat menikmati pemandangan serta suasana yang nyaman dan tenteram.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here