Home EROPAH ICELAND Pemburuan Fenomena Aurora, Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Pemburuan Fenomena Aurora, Apa Yang Anda Perlu Tahu?

302
0

PEMBURUAN Aurora sememangnya menjadi keinginan ramai pengembara.

Walaupun ia dapat dilihat selama lapan bulan dalam setahun, ia tetap satu fenomena alam yang sukar difahami.

Iceland merupakan lokasi terbaik untuk ‘mengejarnya’.

Kami berikan anda beberapa tip untuk bersedia melalui pengalaman sekali seumur hidup ini.Aurora, atau biasa disebut sebagai Northern Lights, biasanya boleh dilihat di tempat-tempat seperti Iceland, Scandinavia, Alaska dan bahagian utara Kanada.

Aurora berlaku apabila zarah-zarah dari matahari memasuki atmosfera bumi dan bertembung secara agresif dengan atom gas.

Pilihan terbaik anda adalah ke utara Iceland. Jauh dari bandar bermakna anda juga akan mengelakkan pencemaran cahaya dan langit menjadi paling gelap, memberikan anda pemandangan terbaik.Masa untuk menjadualkan perjalanan anda ialah antara November dan Mac kerana malam adalah lebih panjang dan tidak berawan.

Aurora adalah fenomena alam yang berlaku secara semulajadi tanpa mempunyai jadual.

Pastikan anda bersedia, bawalah baju tebal tambahan dan selimut, kerana ada kemungkinan anda perlu menunggu lama sebelum ia muncul.

Anda juga dinasihatkan untuk melatih penggunaan kamera terlebih dahulu. Tanyalah pada pakar fotografi tentang cara terbaik untuk memastikan anda dapat mengambil gambar yang cantik kerana jika silap teknik, gambar anda akan menjadi gelap.

Mahu mengembara ke banyak lagi tempat-tempat menarik? Lawati www.etravelfair.com.my untuk maklumat lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here