Home DESTINATIONS EROPAH Ini 5 Sebab Kenapa Perjalanan Transiberian Sering Dipanggil Sebagai Epic Journey

Ini 5 Sebab Kenapa Perjalanan Transiberian Sering Dipanggil Sebagai Epic Journey

5169
0

Sebagai traveller yang sangat hardcore, kami pasti ramai yang setuju Transiberian merupakan antara perjalanan yang cukup mencabar untuk semua. Namun dengan apa yang kita dapat dari perjalanan ini sememangnya tidak boleh ditukar ganti dengan apa pun. Walaupun mencabar, laluan ini cukup popular dalam kalangan traveller Malaysia.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa yang epic sangat perjalanan Transiberian ni? Apa yang special sangat? 

MENGUJI KETAHANAN MENTAL

Trans-Siberian Railway adalah laluan rel kereta api yang paling panjang di dunia! Kalau jenis mental tak kuat, memang boleh give up! Mana tak nya, jarak perjalanan ini adalah sejauh 9,288 kilometer dari Moscow ke Vladivostok dan menghubungkan Rusia (Eropah) dengan Siberia dan Asia Timur. Lagi panjang daripada Tembok Besar China. Lebuhraya Utara-Selatan di negara kita yang tidak sampai 1000 km panjangnya pun sudah terasa jauh. Dan kalau buat perjalanan secara non-stop, ianya akan memakan masa selama 7 hari!

MERENTASI 8 ZON WAKTU

Trans-Siberian Railway ini melalui LAPAN zon waktu yang berbeza dan merentasi dua benua, iaitu 19.1% daripada panjang keseluruhannya adalah di bahagian Eropah, dan 80.9% lagi di bahagian Asia. Walaubagaimana pun, semasa di Rusia, semua jadual waktu dan jam di stesyen, serta di dalam kereta api adalah berdasarkan waktu tempatan di Moscow. Manakala semasa di Mongolia dan China pula akan kembali mengikut waktu tempatan masing-masing. Baca pun dah pening. Belum lagi masa kat sana nak hadap perubahan zon waktu.

IF YOU FAIL TO PLAN, YOU PLAN TO FAIL

Salah plan itinerary, boleh menyebabkan korang tertinggal train dan juga terlepas benda menarik yang perlu di explore. Korang juga perlu tahu korang nak mula perjalananan dari Vladivostok atau pun dari Moscow? Tiket pula kena beli awal. Kalau plan nak beli on the spot, high risk tiket yang korang nak tu dah habis dijual. Lain lah kalau korang ni jenis flexible, tak ada specific date, boleh la beli on the spot.

TIADA ISTILAH SELESA

Walaupun duduk di cabin kelas 2, katil dalam train tak lah seempuk seperti katil di hostel. Toilet pula kena share. Mandi? Boleh la simpan niat itu ketepi. Sebabnya memang tak ada shower room pun kat setiap gerabak. Biasanya traveler transiberian ni basuh muka dan lap-lap badan je. Dari segi makan pula, tak boleh nak memilih. Sebabnya kat dalam train tu mana ada microwave. Dia ada sediakan air panas je. Sesuai la kalau makan pek nasi segera seperti Mychef.

THE ART OF DOING NOTHING

Masa ni la korang akan diuji untuk memenuhkan masa terluang dalam train. Takkan la perjalanan 3 hari korang nak tidur je sepanjang masa. So masa ni kena la kreatif untuk mengisi masa dengan menulis artikel ke, bersembang dengan Russian ke ataupun membawang dengan travel buddies.

Inilah sebab utama kenapa ianya dipanggil sebagai epic journey dan wajib dicuba sekali dalam seumur hidup!

Sumber: TMPL Backpackers

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here